Saturday 30 April 2011

Sudah 3...tidak akan kembali 2

Wah...Hari ni harijadi mama and my friend nik nadim..hahaha...kami ni satu kelas..satu besday....satu jantina..dan nak beranak pun sekali...haaaa....canggih kan kite nik?...hahaha

Bermula hari ini...Depan umur mama dah no 3...no more 2...oh2..anak pun masuk 3...yeah...nombor 3 adalah nombor canggih mama this year...:P

Semoga Allah memberkati usia mama ini...di limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada keluarga mama...dan di permudahkan kelahiran dan urusan bayi ini...semoga semua sehat sejahtera dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah yg Maha Esa..Amin...

ps: my baby bro is coming...one of the best present...dia tak pernah datang lagi ke rumah mama..tengah tunggu dia datang bawa syabil yg mama sentiasa rindui itu..:)

Alhamdullillah...masyaAllah....

bacalah.....


Wanita hidap Parkinson pangku mayat anak 2 hari

Oleh Johan Afandi dan Zulhazri Abu Bakar

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak dua hari lalu.

Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa menyedari anaknya itu sudah mati.

Image
AISHAH terpaksa dipapah untuk
menghadiri pengebumian anak
tunggalnya, petang semalam.
– Gambar oleh Zulhazri
Abu Bakar

Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari kerana penyakit Parkinson dihidapinya.

Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya.

"Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit.

"Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya.

Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja, beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu.

“Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia menghubungi polis,” katanya.

Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya.

"Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan," katanya.

Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.

"Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah kami dengar ibunya ditanya “mak nak makan”, “mak nak pergi bilik air” ketika menjaga maknya itu.

“Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya yang memerlukan perhatian penuh,” kata Kalsom.

Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.

Perkahwinan

Dah lama mama nak buat entry pasal wedding ni....bukan wedding mama la...itu dah berkurun lame nye....aka Basi dah haaa....:P

Mama nak cerita tentnag pengalaman mama sewaktu mama tinggal di UK dahulu...Di Uk..mama tinggal di kawasan Coventry...kawasan ni muslim community sgt2 ramai...dan memang mula2 sampai rasa bukan Uk..tapi macam karachi...tak gitu izu?

Mama berkenalan rapat dgn satu keluarga Pakistan ni...Asique Family.... mereka ni non typical pakistan family...sebab....
  1. Mereka sgt2 islamic...dan tidak langsung bergantung kepada adat mereka...
  2. Ahli keluarga mereka ni..terdiri dari pelbagai bangsa...dari italian to white...macam2 ada....rojak..sebab apa?..sebab diorang ni suka pergi cari mualaf baru masuk islam..dan di kahwinkan sesama anak2 mereka yg ramai dan cantik/hensem tu supaya akidah mualaf tu tak lari dah..:)
  3. Sangat2 islamic...dari segi percakapan, pergaulan, rumah, anak2...erm..holistic la kata org modern ni....seingat mama la...dari mula kawan...selang 2 minggu mama lepak2 rumah diorang ni....memang cerita pasal Allah, hadiths dan doa serta cara2 nak mendapat pahala dari Allah...memang sejuk lah tiap kali masuk rumah diorang ni....ok..sepanjang mama kenal..tak pernah sekali pun mengumpat org..:)
memang mama mengaku...tak pernah jumpa lagi org/ family macam ni seumur hidup mama...kalau kat msia...walau nampak baik macam mana pun...mesti ade terselit2 aisyeh....but this family...memang bless sgt ... diorang ni.... hutang pun tak de.... beli rumah cash adik beradik tolong..ratus2 ribu pound...bila rumah tu kosong..terus tukar jadi masjid dan islamic school....kagum sgt...

Jadi..mama pun dapat lah jemputan kahwin anak perempuan keluarga ni...berpuluh2 kali istikarah diorang ni nak terima lamaran pihak lelaki...semua solat...giler best arr.....

Ok...kalau majlis perkahwinan mesti bermula dari kad kahwin...

mama tak simpan pulak..rugi betul...kad kawin dia..kertas keras biasa...tak de bunga2...just ada jemputan, doa dan syarat2 menghadiri perkahwinan...
  1. tempat lelaki dan perempuan berbeza..jadi di nasihatkan bawa hp utk contact spouse keluar dewan
  2. di larang membawa camera or ambil gambar or video..sebab tempat perempuan tu nanti...ramai yg akan kelihatan cantik dan ada yg x bertudung sebab man free kan...
  3. memgasingkan anak2 lalaki yg telah baligh ke tempat lelaki dewasa
selesai kad...

pengantin pulak....

pengantin perempuan dan lelaki di asingkan....pengantin perempuan giler punya cantik baju semua...masa kat luar dewan di selubung hitam..hingga masuk dewan...nak bukak habis pun boleh..same goes to the guest... basically..kat luar smua berpurdah hitam..masuk dewan berpinar2 biji mata..cantik2 labuci dan style rambut...:P

tiada music dan tarian....

makan hingga meletup perut...

manisan yg sgt2 manis dah sedap gile

atas meja tetamu...di hiasi doa2 untuk pengantin, untuk tetamu, doa mkn, doa selesai makan, berserta translation sekali...

tidak ada yg bergosip2 ikut suka...masing2 menghayati makanan...dan sewaktu majlis ini juga..di kumpulkan ahli2 baru ( mualaf) dari serata coventry yg mereka jumpa..untuk berkongsi pengalaman dan mendapat sokongan moral....

PERGH...memang tak wujud majlis perkahwinan yg sekali dakwah macam ni di malaysia...sgt2 sedih bila tengok nowdays...tempat makan lelaki perempuan campur...boleh undang fitnah....lagu2 berkaraoke bagai...jahanam weh!....

i miss those moment... memang sgt2 rindukan suasana islam yg Allah beri mama rasa di sana....

ps: sewaktu mama mula2 memakai purdah...rata2 yg memandang dan tahu mama ini Ct from malaysia...semua menangis sambil peluk2 mama dan tadah tgn dan2 tu juga ucap syukur pada Allah...balik malaysia...kena herdik2 suruh bukak..macam mama bogel pulak...aper lah nak jadi...nauzubillah....:(

abg ada pesan.....majlis perkahwinan anak2 mama insyaAllah...asing2 macam ini juga...pihak yg meminang or di pinang akan di beritahu tentang undang2 ini..kalau tak nak...makna nya...tak boleh lah terima ye...sebab...memang tak nak main2 nak pilih menantu..kena pastikan islamic pada diri menantu n family...insyaAllah...tak nak kena tanya esok2...sebab apa berikan anak esp perempuan pada lelaki yg tidak beriman..kerana itu di kira penderaan ( oppression ) pada anak tersebut...:)

Friday 29 April 2011

self test!

Aah...tak lalu dah nak pikir2..mama check sendiri aje perut....kepala budak ni dah engaged dah...3/5...memang tak boleh nak tolak pun Alhamdullillah...masyaAllah...lega sikit...tahu la...insyaAllah..tak lama dah ni...Amin...

ps: patut la sakit semacam bila berjalan...memang terasa benda menekan2 dan pelvic smua dah nak tercabut...last 3 days yg kuat sgt ni....hopefully by nexk week dah ada news la...mama dah tak mampu berlakon seperti penguin... tak cun ok!....dah lah berjubah berpudah bertudung besar bagai...memang nampak sgt pelik ok!!!

last week tak jadi bukak Cot( warisan dari aisyah)...esok...nak bukak la...saja gatal2 nak tengok..:P

Weekly check up

Hari ni check up utk minggu ke 37...erm..cepat aje kan....so hari ni memang letih lah....sebab ada 2 appointment...satu dgn O&G dan Cardio....

Hasil check hari ni macam biasa....semua normal...ecg pun normal...bincang2 ngan Dr Cardio tu...dia suruh mama buat treatment kat IJN kalau nak beranak lagi...erm...akan di fikirkan kemudian....

Dgn O&G pulak..macam biasa...kalau kat private ni..memang tiap kali jumpa dia scan....berat baby Alhamdullillah tak besar...baru nak masuk 3kg...berkat doa mama yg x nak baby besar2....:P...position pun ok....then Dr cakap minggu depan...nak kena buat VE...nak check cervix....kot2 lah dah nak bersalin or what so ever...mama ok sahaja...dalam hati..rasa2 macam beranak minggu depan...so..mana tahu....rezeki...:)

Balik rumah dah sgt penat...mandi solat semua...mata dah berat....jiran mama buat tahlil..but mama tak pergi...tak lalu nak duduk lama2 atas lantai..kang cramp...haru pulak mama terjerit2 kat situ....Abg bawak anak2 yg sedia chomel berbaju melayu dan berbaju kurung...oh2..sgt2 cute...pict will update later...kalau igt..:P

ps: dah makin dekat ni...rasa makin tak sabar...berdebar2 tu ada...tapi tak sabar tu yg lebih..sebab dah tak larat bawak perut sambil kengkang2 sakit pinggul....Allah..make it easy on me..amin....

Thursday 28 April 2011

Gift for me and him


galaxy tab mama nickname...tabby :)


nexus s abg nickname ... nexxy :P

Ok...sepatutnya...kalau nak ikut2 kan...mama aje lah boleh dapat hadiah tau...sebab
  1. mama punye besday esok...:)
  2. mama nak kasi baby lagi....bukan senang ni....:P
Tapi...memandangkan...mama sgt sayangkan dia...mama pun benarkan dia mendapat hadiah kedua...dia dah raya katak ngan mac book pro die tuh.....ewah!....macam lah duit mama...erm...kami berkongsi ye..:P...

mama tak de hadiah ke 2?...erm...duit dia sponsor nak beranak di swasta tu dah beriban2...ade hati nak hadiah lagi ct?

jadi....merasalah kami akan benda2 gadget yg boleh tahan ni...walaupun kalau ikut kan keadaan yg mama ni tak kerja...anak nak masuk 3....but subhanallah....rezeki tu...memang tak boleh nak komen...bila Allah kata ada...memang terasa masyaAllah....

dgn syarat....haaaaaa...ade syarat tu....dah ade jawapan nak menjawab di Sana nanti....jadi..kalau dah ade jawapan...boleh lah proceed.....takut juga..kang ..beli2...bila kena soal...nganga!...

ps: teringat pesan kawan mama masa di Uk dulu...ct...kalau nak ikut rezeki ni...kalau memang kita yakin dgn undang2 Allah....bersedekah.dan sentiasa berharap padanya...memang Rezeki tu datang ''bergolek''...jadi jgn lah risau pasal duit...usaha dan tawakal...bukan usaha dan usaha dan usaha, lupa tuhan...dan salahkan tuhan sebab kita susah...sebenarnya itu salah kita...yakin kita pada Allah sebagai pemberi rezeki tu sgt2 tipis dan goyah...nauzubillah....

hikayat merong mahawangsa

Hehehe...dah tengok semalam dgn abg...anak2 semua dah tido..baru lah dapat tengok....

review:

1. cerita dia punya gambar...effect dia memang best....sgt cool....
2. skrip dia kurang sikit...but not too bad...cuma bahasa dolo2 kala...erm...asing pada telinga modern...
3. pelakon..memamg best...yg jahat sesuai jadi jahat...yg baik sesuai jadi baik....cuma cam tak cukup kain...semua nak dedah2...menyampah...
4. lawan2 nampak real...darah2 semua...banyak kali mama mengucap tengok....
5. ada babak yg tak logik..contoh..bila tiang tu jatuh...tetiba semua mati...apakah?

bintang...4/5

berbaloi tengok wayang..if nak tengok....

ps: mama beli pirate punya...rasa bersalah pulak...sebab kualiti cerita sgt baik....but what to do..we all memang x masuk wayang....:p

bravo kru...wonder berapa modal dia ni...rasa mahal ni...dgn pelakon berkoyan2...erm....apa funsi jihan miskin tu...sungguh tak berbaloi upah dia...tak de watak pun haaaaa
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday 26 April 2011

berita...

call my mom tadi...tanya pasal ayah...erm...dah seminggu dah ayah x keluar ngan driver dia...makna nya dah seminggu juga lah ayah x sehat....khabar berita tentang ayah mama x sehat ni kami tahu dari org lain...iyer lah...my mom dah ada hubby baru...my dad ada first wife dia...dan kami adik beradik x berkomunikasi bertahun2 lamanya....

rasa sedih pulak bila ayah x sehat...nak balik, tapi mama dah sarat sgt....tak balik, hati sgt risau.....

ayah jarang2 sakit...tapi kalau sakit tu...berat2...harap2 kali ni tak berat la...sedih mama sebab x dpt nk jenguk....

kenapa lh kami adik beradik tak baik2 shj....sejarah dulu..biar lah lepas...jodoh manusia itukan ketentuan Allah...bukan suke2 ayah dulu nk beristeri 2...kenapa anak2 nak bercakaran sebab itu....now bila ada masalah macam ni...we all yg kecik2 selalu jadi mangsa.....sedih betul....

ps:kalau mama larat balik pun...kami memang x boleh jumpa ayah sebab ayah di rumah mak tua....nanti kami pasti mesti kena marah, hamun, dan di halau balik....kalau nk jumpa kena ayah masuk hospital..then kami dtg senyap2...selalunya ayah masuk ampang puteri...itu pun dulu...mama kena maki ngan kakak mama masa di sana...wrong timing....dugaan sungguh laaaa...:(

mama...bila melibatkan keluarga mak tua...memang jadi lemah...terasa diri ini adik tiri yg selalu kena buli dari kecik2 lagi....nickname punya canggih...anak kelantan si@l tu....herm.....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday 25 April 2011

Towards the end....

Letih nya ya Allah...letih sgt2...rasa nak tido aje...tapi tak boleh tido...tak selesa....tapi letih nya ya Allah...

ps: rasa2 nya annum tu dah overdose...masih x bertenaga...oh...Ya Allah...percepatkanlan kelahiran baby ini...anak2 dan suami memerlukan tenaga ibu ini untuk meringankan beban mereka...ya Allah..memang rasa tak boleh nak buat apa2 pun ni...:(

Abang tolong!

Kes hari ni dah jadi 2 kali....baru bgn dari kerusi..berjalan 3 langkah..tak boleh bergerak dah...bukan muscle cramp...tapi sakit tulang pinggul..sgt2 sakit...first kena..jerit2 panggil abg..mata dah merah2 berair...second time kena...pun gitu.but cool sikit...boleh cover macho sambil cuba juga berjalan...but still kena abang tolak...sadis sungguh!...

Bila dah boleh berjalan tu...kena tukar style pula...kengkang dan membongkok sikit...then anak teruna yg suka men describe benda tu pun tolong describe keadaan mama tanpa di pinta...

haris: mama...you walk like T-Rex....sambil senyum2....i think u can't follow us to the shop...u need to sit...

mama: yap...i know...

terus duduk..makan apam balik makcik sebelah bagi...

ps: mak ai....sakit oooooo..sangat2 sakit....tak pernah sakit macam gini...ni kira record la ni...terus jammed tak boleh jalan..:/

sayang..cepat lah keluar...mama sayang sgt ngan sayang...cepat2..mama nak dukung pakai tgn..tak lalu dukung pakai perut dah ni...:)

Sunday 24 April 2011

why?

Hari ni school mama mula macam biasa...abg haris do some writing and counting...aisyah do some number sticking and alphabet writing...they all seems very happy today...everything is smooth sailing..alhamdullillah and masyaallah...

Then...bila dah seronok tu...ade lah treat kan utk mereka...kebetulan ade lolipop yg IL,beli semalam...so mama pun offer lah...lagi pun diorang dah snack pear dan dah mkn2....boleh la...sebulan sekali....

Masa turn aisyah nak buka loli tu..mama usik dia...

Mama: opss...aisyah's one cannot open la...
Aisyah: owh....yes it can....
Mama: aaaaaa...yes...but I want it
Aisyah: noooo...aisyah want it....
Mama: why?
Aisyah: because aisyah baby is hungry...(sambil gosok perut dia)

Mama pun tergelak2 ngn abg haris...
Published with Blogger-droid v1.6.8

False labour pain

Hehehe....kali.ni.dah tak tertipu ye baby....abg haris dah buat macam ni pada mama dulu....

Malam tadi around 4 gitew...mama ada contraction...ok...sakit la...tak regular...jadi dalam 4 kali...kuat juga sampai mama terjaga tiap kali sakit tu....

Sama sebijik macam pregnat haris...masa haris dulu..mama panic le..terus gi spital...rupanya false labour...ces....

Budak2 lelaki ni....sukr main2 tau...masuk 37 minggu...kasi buat gimik....tolong lah jgn....tension tau...dah le memang tak sabar nak beranak ni....

Azam mama kali ni...selagi tahan...nak dok umah....kalau boleh pecah ketuban kat umah...2 kali beranak....pergi awal sgt...sudahnye...melangut kat spital...

Ps: bgn pagi tadi terus membuang...rasa nya sebab intestinal spasm yg rangsang contraction tu...ye la...mlm.tadi mencekek tak hingat...siap bantai mempelam masam....:p
Published with Blogger-droid v1.6.8

Mengenal nombor Ribu


Mama baru dapat idea ni..eh2 bukan mama...ini kebetulan..abg beli number counter...sebab haris terlompat2 nak benda ni masa mama masuk kedai Daiso di jusco bukit indah hari jumaat lepas...

Dapat2 aje benda tu...dia sgt2 teruja melihat digit2 yg ade 4 ketul tu...then..abg buat game...game dia macam ni....abg tekan2...samapi satu nombor..suruh dia baca...kalau betul haris win!...then dia buat pada abg pulak...gilir2....seronok betul dia...

Sekali sahaja abg ajar nak baca...lepas tu haris memang kenal terus..dan bermula lah episod dia dah boleh mengenal nombor dari single digit ( sa) sampai 4 digit ( ribu)...

Seronok sgt...mudah aje rupa nya nak ajar...boleh lah kawan2 mama guna cara magic ni...

ps: my IL sgt2 impress yg haris dah boleh mengira dan membaca dgn sgt laju masyaAllah...siap terkejut2 lagi..eh2 dia dah boleh baca?..erm...tak tahu macam mana nak explain..sebab vid haris dari umur 3 thn dulu mama dah tunjuk tahun lepas lagi...dan haris dah mula membaca buka pada mereka since last year..but mereka tak perasan...

Mama masih igt pesanan my mom...''siti...manusia ni selalunya...dekat bau tahi, jauh bau bunga''....now i know what she means...:)

Thursday 21 April 2011

alhamdullillah...

Alhamdullillah....tak nak update lagi until dah selesai...but...the result is masyaallah make me very happy...

Ps: it's now comfirm twice by my obs...it's gonna be a boy...:) haris sgt happy....masyaallah....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday 20 April 2011

Model kasut..:P



kasut yg nampak sgt sesuai utk muka tuan yg sgt cheeky nih...:P

Berdebar...

Eh2..bukan nak kawin..bukan...dah anak nak masuk 3..kawin kejadah aper nye lagi weh....

Berdebar2...esok app dgn Dr laila ni...esok lah nak tahu kena normal or ikut tingkap...

Dah boleh rasa2 dah malam ni tak boleh nak lelap mata...eceh..betul lah..rasa macam mula2 nak kawin leeeee.. ( 7 tahun yg lepas...uish...lama dah) :P

Hujung minggu ni dah nak buka baby cot...

Hujung minggu ni juga dah nak kemas balik bilik berpantang yg dah macam tempat kucing nak beranak tu...

Hujung minggu ni... ada plan nak jemput org makan lagi.....larat ye ko ct?...boleh2...i duduk saje...my darl yg masak2..

Haaaa....baik punya plan...harap2 belum meletup...

Dah masuk 9 bulan dah mama hari ini..

Alhamdullilah..:)

ok..Jakun...

Tak pernah pergi Pavillion...betul ke eje tu...cantik ke?..ramai yg kata cantik dan mahal...mama dgr mahal..lagi tak nak pergi...baik gi jusco taman U di skudai ni....hari2 ade sale..:P

Jauh lah nak bershopping di Kl...walaupun banyak choice..tempat cantik....cuci mata pun tak berbaloi...i yerl ha..4 jam erh..4 jam ..teman nak sampai kl...itu belum dgn traffic yg memang tak boleh nak sabar...parking lagi...panas lagi..letih lagi..dan jgn lupa...sesat lagi!!!...

Bersyukur sgt duduk skudai ni..tak le kampung sgt...tak le bandar sgt...taman mama tinggal ni muslim community sgt kuat...masjid dekat...taman jalan2 ala2 stoneleigh park pun depan umah aje...kawan2 ramai...tiap2 minggu ada plan makan2....seronok sgt la...

Walau family jauh...tapi..ade baik nye...kang asyik kena jaga dik orang aje kain mama..payah pulak kan...:P

Tapi kan...tua2...memang plan dgn abg..nak cari rumah sebijik yg kecik2 tapi tanah besar dekat kampung mana2...supaya boleh jadi nenek dan atok yg sejati...:)...kalau panjang umur la ye...kalau dah...nenek n atok sejati juga...cucu melawat time raya aje ke kubur tu..:P

Alahai...



Alahai...kalau dah girl tu kan...ayu2 jugak lah....ramai yg tanya mama potong rambut dia ke...idak laaaa...itu elok tersanggul...

ps: bergaya dgn baju baru Auntie sue beli dari beijing...suka die..:)

cepat nya masa berlalu..dah besar dah aisyah sumayyah....

Monday 18 April 2011

I'm only human...

Sedih sgt....sorry haris...rasa guilty pada dia...i'm.only.human....nanti mama x buat lagi...

Kes salah faham yg membawa kepada kemarahan mama yg teruk pada anak yg sgt2 baik ini....

Org lain yg silap...dia yg kena....

Teringat muka dia nangis minta maaf pada benda yg dia x buat....

Still dia mengaku dia buat...

Bila mama dah tahu dia x salah...baru dia ckp....

Mama dah nangis2 dah sedih.....

Rasa tak tertebus salah mama pada dia yg sgt2 baik ni....

Mama minta maaf pada dia...mama cium dia...peluk dia....dia pun nangis sebab mama sedih sgt...

Bila mama nak tido sebab sakit kepala sedih sgt...dia datang cium tgn mama...dia amik tgn mama letak kat pipi dia....walaupun mama marah dia teruk tadi....dia still sayang pada mama....

Terbayang muka sedih dia bila mama nk kuar kedai beli lauk tp nk tinggal dia....''mama don't leave me, coz I will miss you''....nangis2 dia...

Jahat sgt rasa diri ini....jarang2 mama marah...tapi hari ni...tah la....

Sedih...sedih...sedih....

Haris...i.love.you....dan memang doa mama sentiasa supaya Allah put you in jannah....tak pernah lupa....sebab dia anak yg sgt baik...masyaallah...

Ps: nasib baik mama tak pukul2...kalau tidak tak tahu lah macam mana keadaan mama sekarang...mesti lagi tension n sedih....
Published with Blogger-droid v1.6.8

lovely lace

3 hari lepas...eh2...kejap..hari sabtu....mama ke lovely lace...sebab....aaaaa...ni kes hidung sensitive...rasa macam rumah mama tu berbau kurang enak...jadi..mama ke sana mencari bau2 an yg mengasyik kan la...

Mama tengok2 balik...barang dia..boleh tahan juga mahal2..but..if u think back...alahai..senang aje buat benda2 dia tu...lace, ribbons, bunga kecik2....warna putih merah pink...sebenarnya..memang boleh buat sendiri dan mesti lagi murah...

Iskh...kalau badan ni kuat..memang mama buat sendiri aje..pergi beli pewangi aje...pasu2, bunga2 semua boleh buat tu...kalau rajin le...

bawak budak berdua ni...memang lah...beli..sorang nak pasu merah..sorang nak pasu putih...sorang nak itu..sorang nak ini...igt nak beli sikit2...habis dekat ratus juga...tu macam mana....tak beli..mama kesian...diorang dah baik sgt kat rumah...bila nak treat diorang kan...masa2 diorang nak something lah mama boleh balas....

now...aroma rumah mama..sungguh macam kedai lovely lace tu...walaupun bersepah macam tongkang pecah..pasu bunga rose tu tetap nampak outstanding atas welsh dresser mama yg penuh habuk tu..hahaha...ok2...next time yati datang...kasi lap lah....kasi kilat sikit..:P

ps: semalam..kawan abg ade jemput makan2 bihun sup kat rumah dia...dia ni single tau..lelaki....tapi kan..rumah dia...malu mak!..cantik sgt2...bunga2, gaya2 english gitew....langsir...sofa dia...pergh...semua dah ade..rumah, kereta, itu belum mama cerita pasal orkid dia...mak ai....cantik oooooooooooo.....sekarang ni..mama macam boleh cover2 lah bila dia datang tengok umah mama macam aper aje kan....'tak per2 i mengandung..tak larat'...but lepas beranak kalau gaya macam ni juga...dah tak de alasan dah kau...nampak sgt pemalas dari azali...eh2..bukan...sejak ada anak..:P

erm....

Baru habis baca forum2 yg ade ni pasal pengalaman bersalin secara csec....fikir2 balik...erm....memang nak normal la...pengalaman normal ni lepas bersalin sakit sekejap aje...itu pun..mama baby no 2..memang kuat sgt...10 minit lepas bersalin..mama dah tak rasa sakit2...terus kuat..agaknya sebab aisyah dalam NICU..jadi mama macam semangat waja super saya gitew..memang power lah....

hari jumaat ni nak pergi scan untuk position baby n placenta...don't know what to expect...macam2 dalam hati dan kepala....

memang sekarang ni dah set dalam kepala utk csec...but hati masih mashu normal delivery...mental n fizikal tak sekali......erm....

Memang dah samapi tahap tak boleh nak pikir...memang redha aje lah...plan Allh tu bukan kite boleh2 suke2 nak tukar2....dan setiap yg dia atur tu...adalah yg terbaik untuk kita...kena sabar aje kan...itu lah..sebut memang senang...bila nak buat tu...bergantang2 air mata n sedu sedan....silap2 terlepas rungutan2....alamak...macam mana ni....:(

ps: mama menaip sambil menngadap moses basket yg cantik ni...bila nak berisi....lelaki ke perempuan...macam mana lah gaya nak keluar ni...gabra, cuak, takut....semua ada...

Allah please make it easy on me and my family...Amin...

Sunday 17 April 2011

Ketagihan...

Ketagihan apa yg mama maksudkan ni?....

Oh2 bukan melibatkan makanan atau dadah merbahaya ye...

Ketagihan bantuan yati....

sebab utama...sebab mama punya tulang pinggul rasa macam dah tercabut habis ni...memang sukar utk bgn n berjalan....

Limited sgt dlm membuat kerja2 rumah.....

Semalam abg suruh panggil lagi...last minutes call pukul 5 ptg...kemas dapur sebab mlm sabtu tu mama jemput org mkn di rumah n peti ais...

Sebab abg yg selalu masak...dia kata dah tak nampak aper2 dah dlm peti...siap hitam2 sebab kicap tumpah dlm tu....

Nasib baik lah yati free...buat 2 jam...pastu selesai....

Then abg buka peti...''wah...bersihnye peti ais kuuuuu'' lawak la abg ni....

Memang tetap lah yati jadi helper every saturday di rumah mama ni...sampai...tak tahu bila...sebab abg pun dah rasa ringan dah sebab dia tak payah susah2 mengemas everytime jemput org mkn di rumah....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday 16 April 2011

Memborong?

Hadiah birthday abg haris dah dapat, happy betul dia, dah lama mengidam ni, WII game set....tu dok tgh main ngan abg...aisyah tido...beli 2 console remote tu supaya x berebut....

Takkan utk abg haris aje kan... So aisyah darl pun dapat kasut yg sgt chomel from baby bubble, suka lah kualiti pun elok sgt...harga...erm...boleh lah...tak mhl sgt, tak murah sgt, just nice....

Mama pun dapat kasut sepasang...beli bata sebab comfy utk mama punya kaki yg besar ni....

Utk abg dah tak de lah kan...dia dah dpt mac book pro baru sebijik....cover habis harga hadiah kitorang semua...

Dan last sekali...utk family...mama beli honey..yg bestnye ni manuka honey n honey with propolis utk abg n anak2.....

Ps: manuka honey ini sgt bagus...family mama memang mkn ni hari2 waktu pagi....but this one from honeymart by eu yan sang...

Alhamdullillah, masyaallah rezeki from Allah, memang rezeki anak pun ye ni, Alhamdullillah abg dah naik pangkat jadi senior lecturer bulan ni.......masyaAllah.....
Published with Blogger-droid v1.6.8

new gadget:an early birthday present from him

Alhamdullillah, tahun ni punya besday present dah dapat, cepat sikit, takut tak sempat sibuk2 sebab nak bersalin nanti.

Mama's new gadget : Galaxy Tab

Ps: Auw, entry ni bersiaran live from my tabby, best! Alhamdullillah, masyaAllah.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tahniah Izu

Alhamdullillah...tahniah buat member mama Izu kerana telah selamt melahirkan baby ke 3 beliau...belum ada official update from her blog..but from her FB dah ade gamba nya...sgt chomel masyaallah...

Semoga baby ini menjadi rahmat yg sentiasa membahagiakan keluarga awak izu dan hisyam...

Alhamdullillah..masyaAllah

ps: sorang lagi dah selamat...lagi berdebar2 lah teman ni haaaaa.......:)

Friday 15 April 2011

Update Aisyah Sumayyah

Sekarang Aisyah pun dah besar dah..walaupun saiz dia di kire kecik..tapi hati dia..memang besar..:)

Apa yg baru pasal anak dara ni....pasal belajar..tgh belajar blanding words....tulis pun dah cantik dah...pandai buat macam2...masyaAllah...

Perangai...erm...ok..dia ni jenis kuat sikit...semua nak kuat...
  • kuat makan..boleh tahan..lagi kuat dari haris dulu..
  • semua nak dia dulu...mesti dia...dia sebut tu...'' my turn..my turn...'' me me me...'' org lain sila beratur belakang...
  • boleh share.. if she want to...haaa..macam mana tu...basically...with haris n kami aje lah kan...org lain pegang mainan dia...dia cpt2 buat muka sedih...
  • semua nak buat sendiri...dari susu sampai ke makan sampai ke pakai baju dan lain2...
  • sgt kuat ingatan...sama macam abg haris..cuma mama perasan..dia lagi cepat igt...dan lebih menonjol lah...sebab dia pun jenis berani n confident ni...:)
cakap dia sgt banyak dan petah.....dia Eng speaking macam haris...dan dia punya vocab juga sgt2 baik..mungkin sebab abg haris pun jenis suka mengajar...

juga ringan tulang...memang mengikut abg dia ni....masyaallah...

suka senyum, buat muka cheeky dan cepat minta maaf...sejuk hati la...:) masyaallah..





ps: memang muka cheeky...smua org ckp muka macam abg...kembang bapaknye...

Semoga dia menjadi anak yg solehah, sentiasa menjadi penyejuk mata n hati kami dan juga dekat hati nya pada Allah n Rasulullah...:)

Update Haris Zafran

Dah besar dah dia ni..dah jadi anak bujang...apa yg baru pasal dia..erm...dari segi belajar tu..biasa2 aje..malas nak citer2 sgt...tapi dari segi perangai tu..banyak yg baru...:)

Dia sgt2 berani dan confident......tak takut gelap, out spoken, tak takut sakit2 jumpa Dr or Dentist, tak percaya hantu2 mengarut tu....masyaAllah...kalau kawan dia jerit2 takut...member sound direct aje....''jgn takut...we only be scare of Allah anger''...:) memang senang nak di bawak berbincang dan sgt tegas pendirian..esp dgn kawan2..dia bukan jenis ikut aje semua...org ikut dia ok...:)...cuma dia tak paksa...kalau kawan liat...dia blah aje...masuk rumah...complaint kat mama..''that boy is being bad, he do this22...that2...Allah don't like that''...lebih kurang macam tu lah...

Garang...boleh lah..esp kalau dia notice kalau org buat silap...cakap terus aje salah or tak betul...dgn adik nye pun macam gitu...kesian pulak tengok aisyah bila tersalah sebut tu..abg dia marah macam cikgu marah murid...tegas aje...

penyayang dan menjadi sgt2 rapat dgn kami...kerja dia peluk cium aje..sampai jiran sebelah rumah ni pun perasan....pantang lepa...mesti datang peluk mama..tak dapat peluk...gosok2 belakang pun jadi...masyaAllah...dan sgt sayang adik dia...semua mesti dia yg nak handle...dari basuh tgn..hingga naik tangga dan pakaikan kasut aisyah..dia nak buatkan...

pengetahuan am dia sgt2 baik... mungkin dia dah boleh membaca awal..jadi pengetahuan dia jauh dari budak2 yg sebaya...dia pulak minat baca buku2 canggih ni...komik2 kartun memang tak minat langsung...sampai sekarang...kalau dlm youtube tu...minta cerita2 berkaitan dunia lah...haiwan lah...nak jadi explorer tu...oh2 budak2 zaman modern...:)

geeks!...semua teknologi modern ni dia nak cuba...bawak pergi pusat sains negara tu...macam nak pengsan excitednye!...

kualiti paling mama suka masyaAllah...dia mudah ikut apa yg kami suruh n ckp...memang ringan tulang masyaAllah...



muka marah ni...haaa....garang kan...dia berebut new gadget mama.....tapi marah2 pun menga;ah dgn adik nya...:)

ps: Semoga Alah pelihara anak ini...Semoga dia menjadi salah satu ahli syurga Allah...dan hatinya sentiasa pada Allah dan Rasullullah...Amin...

Thursday 14 April 2011

Pertandingan Mewarna

Beberapa minggu lepas..haris untuk pertama kalinya masuk pertandingan mewarna anjuran UTM innovation expo... soronok betul dia....belum aper2 suruh abg daftar nama dia...min umur 4 tahun..so...cantik2 aje lah kan....


Tengah beratur ni....dai antara org yg awal datang..tak sabar sgt lah tu...:)


Duduk dulu...sementara tunggu yg lain datang...lambat betul lah..mama pun naik bosan....

Tengok abg tu kasi kertas...excited2!

memang dia antara yg first bawak kuar pensel nak tulis nama..padahal belum ada apa2 arahan...dah biasa kat rumah macam tu...buat kerja..tulis nama dulu...:)

Punya tak sabar...org lain dok tunggu..dia dah mula warna...kat rumah mana buat kerja slow2 ni...semua cepat2...sebab lepas tu nak main...:)

Tunjuk Hasil ( macam tak de kaler pun haaa) dia kat mama...sungguh lah...org tak mula lagi ni..dia nak siap dah...dia jenis kaler slow2..tak tekan pensel..takut patah le tu..:P
Haaaaa..baru org lain mula...dia dah nak siap tu...:)

budak homeschooling punya perangai...dok tgh kaler2 tu dia boleh keluar barisan mintak biskut...sambil buat kerja sambil kunyah2 kalau kat rumah...no rules!:)

Tu dia....dia lah org pertama yg siap...berani tu..dia dah siap..dah kenyang..dia pun pergi hantar kerja dia...memang org first!..:)
Selesai lah kerja...pas hantar tu...dia ajak mama gi shopping kat expo tu...macam2 dapat...suka hati..

ps: ok..seperti yg boleh di jangka...tak menang aper2 pun lah kan..kalau dah kaler macam tak nampak tu...mama memang tak tunggu...terus balik le weh...panas dan letih...serta lapar!

Well done abg haris...memang dia berani..takde masalah2 shock2 ni macam org igt budak homeschooling selalu ada...dia confident dan since dah boleh ckp melayu..pandai aje buat kawan...masyaAllah...Alhamdullillah...:)

Syabil dah 6 bulan


The only anak sedara yg mama ada buat masa ini....sgt cute lah this chap...masyaallah..
dia dah boleh merangkak, dah ade gigi, makan pun sgt banyak sampai mak dia kena suku2...dan dia sgt kuat suaranya...
macam ni lah muka bapak dia aka adik mama..:)

Wednesday 13 April 2011

Jauh perjalanan..luas pengalaman

Jauh perjalanan...memang jauh..Allah dah beri mama rezki yg sgt2 besar..Allah beri mama kesempatan kenegara2 maju di luar sana...dan belajar benda yg tak mungkin mama temui di malaysia...

Banyak benda mama nak kongsi...memang banyak...tapi mama faham..sebab ramai yg tak berpeluang merasa apa yg Allah dah beri mama rasa...mesti mereka tak faham dan mungkin akan salah faham...

Subhanallah...Alhamdullillah...5 tahun...5 tahun yg tidak kosong...mengenal apa itu Islam bukan lah sesuatu yg mama bayangkan bila mama duduk di negara mejoriti Bukan Islam...mengenal apa itu tanggungjawab kepada Allah...sesuatu yg mama tak pernah terpikir akan temui di sana...

Berfikiran terbuka..erm...semua org rasa mereka ada kualiti ini...tapi bila mama duduk di sana...memang ini yg di panggil terbuka...mama bukan sahaja berkawan dgn melayu..mama pilih untuk bersama2 muslim india, mat salleh, africa, pakistan dan banyak lagi.....

Makan, pakai, pertolongan, senyuman, pemikiran dan ukhuwah mereka sgt berbeza dari apa yg mama dapat di Bumi ''negara islam malaysia''... hanya dgn layanan, kasih kerana Allah dan senyuman, mereka membuka mata mama tetnang apa itu Saudara....dan membuka mata mama tentang apa yg Allah mahu kita lakukan di Dunia sementara ini....

ini cerita mama...Dari seorang yg modern...Medical Doctor yg tidak menutup Aurat dgn sempurna kepada seorang yg ramai panggil kolot, berpurdah dan memilih Jalan songsang dari arus pembangunan Malaysia yg mana Duit adalah segalanya....hingga mama pasti ramai yg berfikiran begini...'' kalau tak kerja, tak makan''...igt lah..bukan kerja yg memberi makan..Allah yg memberi rezeki....igt lah..Allah hanya mahu kita berusaha sekadar yg kita mampu...dan selain nya serah lah pada Dia...bukan kerja sampai terpaksa lupakan Dia....dgn alasan dunia sekarang perlu duit..tak de duit tak hidup dan tak cukup....nauzubillah...

ps; duit kalau 1 ringgit atau 1 juta ringgit..bergantung pada individu itu dia memilih untuk merasa cukup atau tidak....tapi mesti di igt..setiap sen yg kita perolehi dan belanjakan..pasti..wajib akan di soal oleh Allah di padang mahsyar nanti...so...siap2 lah jawapan ye...:))

peringatan untuk mama yg selalu alpha ini...:)

Eh..ye ke kak?

''Ct...ramai sgt org komplain pada akak...yg anak2 diorang masa sekolah tadika semua cerdik2 pandai, bijak giler, dapat nombor 1...tapi bila masuk sekolah jadi tak pandai, kurang menyerlah, jadi biasa sahaja''

ini pengakuan seorang guru yg ada anak tunggal perempuan sama umur dgn haris...

mana silap nya?

mari sama2 kita fikirkan...:)

Ouch...Gigi ku...


Semalam..dok tengah sedap2 mkn roti..tibe2...nagp..ngap..Ouch....pain...sakit...berdenyut2....

Untuk pregnancy kali ni....salah satu gigi molar mama dah berlubang...macam pelik..sebab bila check calsium level...normal...erm...normal sebab amik dari gigi lah agaknye ni...:(

Jadi..al kesahnya...sakit lah semalam...

Mama pun calling2 dentist... '' saya nak tampal gigi...hari boleh?''.. ''Boleh''

Tunggu abg balik...

Balik terus ke Klinik Gigi Al Amim taman U skudai ni...

Cantik Klinik dia...semua perempuan.....Dr dia pun superbly pretty ...... dan kebetulan kosong masa mama sampai.....seronok sgt lah....mama pilih ke dentist sebab..
  • gigi dah sakit sgt
  • Utm ade yearly dental support..RM 500 per year per family...
  • haris pun dah lama tak visit dentist
Masuk...oh..puan pregnant ni tak boleh cabut gigi...and gigi puan ni dah teruk juga lubangnye..tak boleh tampal...kite boleh buat Root canal treatment...Kos dalam RM 500 sebatang gigi...

2 kali visit...kali ni 15 minit...next time 45 minit...bayar 2 kali...boleh?

Mama tanye abg...ok..Green light...:)

Dia pun buat lah...ok...mama tak pernah cabut gigi di klinik gigi since kecik..semua mak cabut kat rumah....so tak pernah kena cucu anest tu tau...ok...tak sakit mana..but the numbness is KILLING me...i hate it!...

Selesai lah dia buat utk first visit....then tengaok gigi abg haris pula...yg ni..akan mama update later..sebab ade gambar..

back to my story...ok...dia kata..the numbness will go after 1 hour....

Balik rumah...abg dah terus start kereta ..ade Dinner dekat hotel di Senai...unfortunately..budak2 tak boleh bawak...so..mama tak boleh ikut...huhuhu

Sampai rumah...mama jadi pening2....berpusing2...dah sebu2 perut..dan nak muntah2..tak boleh bgn..Ya Allah..side effect ubat tahan sakit tu ke ni.....tergolek terus...mata pejam rapat2...nasib baik sempat suap anak2 mkn...itu pun..diorang nak mkn lagi...mama carik2 ayam..diorang mkn sendiri...selama 3 jam..mama tak boleh bgn..anak2 datang check mama ok ke tidak..esp abg haris..datang gosok2 dan cakap...'it's ok mama...'' and aisyah datang peluk2 then keluar main kat living room...Alhamdullillah..tak merengek ape...

Dalam pukul 12 malam..abg sampai..dgr dia sebut2 ..'' eh...u lot's not sleeping yet?'' ''wher's mama?'' haris jawab '' mama sleeping''...

Mama pun bgn..tak bercakap mana dgn abg...buat susu..bawak ank2 naik....1/2 jam..diorang dah tido...abg memang terus pengsan.leith n kenyang agaknya...mama tak boleh tido...masih rasa nak muntah2...minum air masak aje...then tak tahu bila mama terlelap...

Bgn pagi tadi...mama masih letih...nasib baik abg beli breakfast...but still mama tak lalu mkn...minum annum n roti 2 keping...anak2 mkn donat...

Alahai..minggu depan nak kena pergi dentist lagi...tak lalu dah nak rasa macam mlm tadi...harap2 tak kena bius lagi...SEKSA nya...

ps; baki breakfast ada lagi..buat lunch aje lah...nak keluar memang tak larat..adoi hai...dugaan lagi...:(..Allah make it easy on me please..Amin...

Monday 11 April 2011

10 hari lagi

Bukan 10 hari lagi nak beranak...bukan2...kalau gitu cepat..mama dah cuak2 dah ni ( konon...anak no 3 pun takut lagi ke...iyerrrrr....takut!) :P

Lagi 10 hari nak jumpa Dr laila di PSH....nak tahu keputusan yg bakal di buat....NORMAL kah..or C-SEC kah...gabra...Ya Allah...memang rasa risau...

Mama kan Belajo Dr dulu...sebenarnya mama memang boleh check sendiri aje..baby mama nye position...tapi..malas..malas nak runsing2...walau kadang2 tgn tu gatal2 nak raba kepala dia kat mana...but..ku tahan jua...

Normal taua C-sec..memamg plan bersalin dekat sana...igt kalau dah nak kena c-sec tu.nak pergi gomen...but memandangkan dah last minutes, pakar jantung pun dah ada kat sana...dan kat gomen tu tak tentu Dr wanita...jadi...memamg kat PSH juga la...mahal?...aah..mama tahu...tapi bak kata abg...''Duit boleh cari..itu kan dari Allah...nak runsing apa...rezeki Allah dah letak belum kita ada di dunia lagi..apa nak risau...ada lah plan Allah tu''...

Nanti mama akan update...dari segi kos, layanan, pengalaman semua la..sebab yg ini special kan...Allah make it easy on me insyaAllah....Amin...:)

ps; haris..haris2 kata tak sabar nak jumpa baby...dan paling tak tahan..nak join mama kat hospital sebab dia kata nanti dia rindu kat mama dan mama rindu juga pada dia...alolololo....sweet sayang mama..:P

Telur tiruan?

Apa lah nak jadi dgn dunia sekarang...wal hal..sonang ( senang ke?) ayam tu nak bertelur...aper kes lah nak buat yg tiruan2...Allah dah bagi yg natural..nak juga nak buat yg artificial..

Mama baru tahu sebenarnya...abg lagi baru...siap kagum2 tu...eh2...boleh jadi telur macam betul2 ek?...haaaa...itu lah..kehebatan org cina dari China... sebab itu lah agaknya Baginda Rasullullah pun suruh kita tuntut ilmu sampai sana...sebab mereka ni otak geliga2...:)

Kalau nak cerita pasal telur tiruan ni...ja2..nanti mama post kan..

MANUFACTURING FAKE EGGS

In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.

Step 1 modulation of raw materials

Using 7 kinds of chemical materials, see pic below

Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.

Step 2 egg production
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.

The ‘yolk’ is shaped in the round mould. ‘Magic water’ containing calcium chloride is used.

By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.

Step 3 fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.

Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You’re done.

Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.

—–

Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!
Look so real

Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference. The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the statistic of food poisoning person.

Why make fake eggs ?
Because of money.

The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg.

Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years.. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have died

ehsan dari sini

cara nak bezakan pulak cam gini...kejap2..cari lagi...

ehsan dari sini pulak

Org cina dari China ni...sgt hebat kalau nak buat tiruan2 nih...walhal rokok...tau rokok tu dah memang tiruan...dia tiruan kan lagi...jadi rokok letrik...haaaa....itu lah pasal...canggih depa ni...

Abg ada cakap..org di china...bila ada benda baru keluar..cepat2 depa beli..bukak..buat lain..tukar sikit dah jadi product baru yg tiruan...kerajaan dia tak marah...iyer lah...memakmurkan ekonomi negara dia..:)

aper2 pun..harap2...kita dapat menyelamatkan diri dari benda2 tiruan ni...banyak bahaya dari baik....payah2 kang...mama bela aym aje kat belakang rumah ni..tapi..itu le...tanah ciput...nak jemur kain pun tak muat..ini nak bela ayam...:P

ps; kolestrol mama tinggi ...elok gak le kurang2 kan mkn telur ayam ni...ada alasan ye dak..:P

pecah dah!


Last week...Aisyah kasi pecah the Mug...

Hari ni ..Abang kasi pecah pinggan...

Kalau simpan tak pakai..kena tanya kat akhirat...kalau pakai..pecah..sakit jiwa lah juga...

Dari set 8...tinggal 7 dah...

Ayat penyedap hati dari abg '' tak per..nanti boleh beli lagi...''

Kat Jusco...jual yg bulat...

Mama punya yg 4 segi...beli dari US....

huhuhuh...

Tak pe...Sabar2...itu baru pinggan...org lain..Allah ambil benda lagi besar2...apa sgt lah correll...kes ciput aje ni..:)

Kedai online muslimah

Ini kedai kawan mama...saja nak promote... dia tak tahu pun ni..:P

Mama suka sebab dia jual tudung pun yg labuh2, tshirt dia cantik2...

Boleh lah kalau nak tengok2..:P

:)

ps: murah2 jugak :P

it's return...

Aneh..memang aneh lah...dalam 3 kandungan mama...ini aje jadi cam gini...

Mama punya morning sickness datang balik...huhuhu...

Routine muntah, pahit mulut, tak boleh telan air liur, pedih perut datang balik...dah nak bersalin ni dia rasa macam mula2 mengandung dulu...

So sekarang ni...kurang bercakap dah mama...sebab tak boleh..anak2 dok mengajuk mama dok....''uu...uuu...uuu''...tak boleh bercakap... cheeky sungguh...!

Makan pun nak kena jaga balik...now mama minum annum...sebelum ni tak minum...takut baby beso...but now..itu lah mama minum..sebab itu aje yg boleh masuk...yg lain2..semua kena gestrik...huhuhu

Allah make it easy on me...adoi...rasa letih sgt2 dah ni...memang dugaan lebat kali ni....mesti ada hikmah yg mama tak tahu ni...Allah maha pengasih...

ps: baby ni bergerak sgt2 kuat...dan menyebabkan mama sgt2 sakit...perut kecik yg memang rasa padat dgn baby...sampai memang boleh rasa most of his body part...dan perut pun nampak scary aje berkilat n berot2...:)

Saturday 9 April 2011

Hadiah?..ehem...


Alhamdullilllah...dah lama mama mengidam gliding chair ni...dah lama sgt2 tau..since pregnant aisyah..but belum rezeki...

Hari ni....merasa jugak...abg beli kan tadi...yg mama punya..bukan lah canggih macam dalam gambar tu..but lebih kurang lah...cuma mam punya pattern lama...but tak kesah lah...janji gliding.....seronok sgt kalau breast feeding atas kerusi ni...mama ada rocking chair beli masa kat uk...best juga..tapi yg ni lagi best lah..:)

Alhamdullillah....rezeki tu..kalau Allah kata ada..cepat lambat aja...janji sabar...:)

ps; mama beli ni dari kedai secondhand...barang2 dari singapore yg diorang let go...sgt cantik2 lagi..dan harga sgt extremely murah....u know..mama dapat aisyah punya priori maxicosi car seat sgt elok lagi just for 40 ringgit..dan as for the chair n stool ni..under 100 ringgit...kalau dekat luar ini adalah lebih 500 ye... and mama pernah tengok same chair in carboot sale..60 pound...alhamdullillah..berbaloi..:)

Friday 8 April 2011

calling2...

calling2 for yati again...

kesian tengok yati ni....macam nak pengsan tiap kali masuk rumah mama...

now...memang tiap2 minggu dia datang mengemas..akan berterusan until lepas pantang...

kemas sikit2 aje...tak sampai 4 jam pun...

lepas tu boleh minum2 teh sekali...:)

rindu...

tiba2 rasa rindu pada coventry...rindukan bunga2....rindukan zeenat,...rindukan kawan2 kat sana...bila nak sampai balik ni...:(

Maze...

Dah lama tak bagi tips pasal anak2 belajar ni...baru dapat buat balik class ni ...lepas dugaan demi dugaan...akhirnya..semalam..anak2 mama dapat bersekolah semula..:P

Maze...ini benda yg sgt menarik...pada kaum2 ibu yg nak bagi minda anakk2 tajam..tapi enjoy..boleh cuba...ini memang fav abg haris..Aisyah belum lagi..mama belum bagi...sekarang aisyah tgh sibuk main n belajar menulis alphabet...cepat?...bukan mama pakse tau..dia nak buat sendiri sebab selalu main tulis2 alphabet dalam iphone...jadi dapat jumpa yg boleh conteng ngan crayon..dia nak buat....dan masyaAllah..memang dia dah boleh ikut tulis..now dah sampai D on paper...kalau dalam iphone dah sampai Z...masyaAllah...

Kalau nak search...tu...ikut pada minat anak2...awak pergi aje pada google cari...contoh maze nye...:P

aaa..nak cuba printable alphabet yg aisyah suke buat tu...ni dia ...nanti print aje...bagi lah pen ke, aper yg diorang minat....nanti diorang buat...:)

selamat mencuba....

ps: nanti siapa2 yg ada iphone..mama akan kasi review pasal game2 educational yg mama dah cuba...sgt2 berbaloi...anak2 mama ada ipod...jadi boleh sync aje....nanti mama update later...
alahai..igt nak beli ipad...tapi tak boleh buka flash guna ipad...last2...cik abg dapat habuan macbook pro sebijik..terkontang2 mama ngan mac book putih lama ni..:).. nak minta ape ek hadiah bersalin ni? ade cadangan?

Thursday 7 April 2011

ikan oh ikan...

Setiap org mesti ade pets yg diorang suka kan...:P

Macam mama...sebelum ada anak..memang sgt suka kucing, bila dah ada anak2..jadi sgt2 tak ngam dgn binatang berbulu tu...tak tahu lah aper sebab...:(

Anak2 mama dah bayak kali minta nak ada kucing, but memang tak dapat lah kan..dah mama tak minat..abg malas nak amik port...jadi..selamat lah cite2 tu...

Tapi mengenangkan anak2 nak pets...tiap kali ke kedai tu...bising mulut dubak 2 org tu nakkan pets...mama n abg pun beli lah...

Pets pertama kami...ikan laga...beli 2 ekor...tak sampai 3 bulan..mati...erm...sebab..tak sempat nak tukar air ikan dan selalu balik kampung..memang terbiar....

Pets ke dua...kura2...tak samapi 2 bulan..mati..sebab..yg ini tak tahu lah sebab ape...sejak beli...sampai mati..dia tak nak mkn...sedih sgt..:(

Pets ketiga kami ialah hamster...tak sampai 3 bulan pun mati jugak...yg ini...sebab..tak dan nak jaga tukar bedding dia...oh2...sedih sgt...:(

Pets ke 4 kami...masih tidak serik ok!... beli ikan...kali ni..proper tiger fish lah, x-ray fish lah...chomel2...beli 15 ekor...tak sampai 2 bulan...now dah tinggal 3 ekor..sedih sgt...sebab mati...kena makan sesama sendiri lah, balik kampung tak de makanan lah dan sebagainya....

Hari ni..Aisyah pergi tengok ikan dia yg dah keras dalam tank tu..'' abah...the fish is not moving''...''aah aisyah...it's died already''...muka sedih aje aisyah...

Then abg pun cakap lah....kita tak boleh bela ikan dah...kalau ikutkan mama...tak nak bela apa2 dah lah..sedih sgt tiap kali mati2 ni...huhuhu....

Hari ini anak2 sgt happy...IL pergi holiday ke China...bawak balik patung panda....suka betul diorang....esp abg haris...:)

ps: hari ini...sgt selesa..Alhamdullillah...badan rasa sehat..dapat masak mkn mlm utk abg...dah lama cuti masak...berselera tengok dia mkn...''sedap'' kata dia...:P

Wednesday 6 April 2011

Durian....

Macam mana kat tempat lain di malaysia?...penuh kah mereka2 menjual durian di kiri n kanan jalan?...

Di sini...tengah hangat lah dok jual durian...erm...my personal taste..memang tak minat sgt Durian..sebab?

  • Trauma bau durian dalam kereta hamba Allah ni..sampai pening muntah2 tahap gaban...
  • Trauma makan durian 4 ulas dah demam macam ape aje weh...
ok..cukup2 lah perkataan trauma tu..tak trauma mana pun..but tak minat sgt lah kan...

My children semua tak boleh langsung Durian..bau sahaja dah cukup meng-induced muntah tahap 3...kesian...

My Hubby...ok..dia suka...FIL ade kebun..jadi durian tu dah sebati dengan jiwa raga dia...

Sekali satu hari...dia bawak balik 2 biji...haris cakap'' mama..abah bought a Durien'' ...Aisyah pulak sound'' oh..very dangerous, it sharp!'' sambil kecik2 mata yg dah kecik tu..:P

'' Mahal betul lah durian ni....2 biji 30 ringgit!...'' komplain abg...''tapi tiba2 rasa nak makan juga...beli aje lah'' ...kesian kan...itu lah...kawin ngan bukan penggemar...jarang2 lah merasa....:)

Kupas lah dia dgn khusyuk nya... mama makan juga lah...sikit2...then dia pun suap lah pada anak2...sekli baru angkat tgn..haris dah bertempik lari....aisyah dah muntah2...kesian sgt weh...

Since then memang tak blei lah dia durian....tahu lah dia yg memang tak de penyokong dia di rumah ini pasal durian...

Still now dekat kawasan mama ni until pontian road...banyak sgt org jual durian...tulis 1 bakul 10 ringgit...member berenti beli..3 biji 50 ringgit...insaf?..yap...memang insaf!...

ps: nasib baik tak minat..kalau tak...melayang duit beli durian mahal nih!..

Tuesday 5 April 2011

Say sorry to me....

Tak2...tak de sapa2 salah dalam hal ini...ini adalah dialog aisyah yg baru menjadi habit..:P

Aisyah sumayyah ni baru masuk 2 thn 4 bulan...tapi kalau nak tengok dia punya vocab..memang canggih banding abg haris dulu..cuma yg beza nya Aisyah pelat sikit...Haris...memang sebijik2 cakapnya...

Sekarang ni .. memang notice sgt lah Aisyah punya personality... memang berbeza dari abg haris yg lebih lembut, tak kesah sgt dan mudah berkira... But this young lady...erm..sgt2 dominan, semua nak buat sendiri, mesti dia dulu dan cepat marah....

Letih melayan dia jauh dari melayan abg haris....tapi dia juga pandai memujuk...dan mama n abg cepat sejuk dgn pujukan dia...

Now..if dia rasa org buat salah dgn dia...contoh nya...terlanggar ke, budak lain cubit or sakiti dia ke...and if org tu tak minta maaf...dia akan directly sound '' Say sorry to me!''...''Say sorry to Aisyah''...sampai satu tahap..kalau mama terlupa atau tak sempat nak layan permintaan dia contoh nak cheese dlm peti...dia dtg sambil merengek2...sebut '' mama, u don't give me cheese, say sorry to me'' ...haaa...larat ko tak cakap sorry....dia akan ulang2 sampai ko cakap sorry....

Bila balik ke kampung, jumpa sepupu...yg dia kurang biasa..sekali tu..sepupunya cubit pipi gebu tu...dia mana pernah kena cubit..abg nya tak pernah jentik pun, mama n abh pun jenis tak cubit2 ni...itu ajaran tak elok tu..nanti budak tu habis asyik cubit2 org n anak2 org...

Berbalik pada cerita cubit...budak tu muda 3 bulan dari Aisyah...tapi jenis tak reti nak say sorry...mungkin belum di budayakan lagi...as for Aisyah umur 4 bulan bila dah boleh merangkak, we all dah ajar say sorry to haris, walaupun dia tak reti nak sebut...kami lah sebutkan..'' Aisyah say sorry you hit abg haris toys..'' sorry abg haris'' (we all jugak yg sebutkan)...jadi Aisyah dan Haris memang sorry to macam kewajipan bila berlaku masalah...Alhamdullillah..masyaAllah...

Berbalik lagi pada cubit...hahaha..melalut... Aisyah tunggu lh budak tu say sorry..tak sebut2...parent dia pun tak tolong sebut...aper lagi...melalak lah member...bukan sakit sgt rasanya...but sakit hati yg lebih....dia punya nangis dgn muka geram...kesian dia...letih mama nak pujuk...takkan nak pergi suruh mak budak tu suruh anak dia sebut sorry...tak kan la kan...sepatutnya benda tu tak payah lah org lain suruh...sendiri fikir lah kot..ke macam mana?...

But...say sorry and please sgt2 lah menjadi perkara berat dlm keluarga mama...dan anak2 mama memang dah arif sgt fasal benda ni...kalau tak de please..tak dapat la apa yg di hajati...kalau tak say sorry..memang kena ''pulau'' lah dgn kami....

Alhamdullillah...masyaAllah..berbaloi sgt effort dok mengingatkan pasal benda2 ni dari baby...now..senang hati :)

Monday 4 April 2011

Bentuk perut

Ok..ini memang isu lama..semua org macam pandai aje tengok perut bulat, longjong, keatas, kebawah, herot, berot, kecik, besar...dan sebagainye...konon2 tahu lah tu baby girl ke boy....kan2?

Sekarang ni kes mama ni memang unik dan kadang2 sakit kepala n jiwa!!!

Mama kan dah scan banyak kali....semua nye lain2...bila scan pompuan tu.mama pun beli lah baju girl..org tengok perut kata cam boy lah pulak......bila scan jantan pulak ni...mama pun beli lah baju boy....org semua kata girl pulak dah.....can't help it lah...abg dah bagi peruntukan...tak guna rugi tu..:P...tapi bila org ckp opposite gender bila i dah beli baju ni...rasa macam tension lah kan...diorang ni lagi hebat dari mesin ultrasound Dr lah weh....

sekarang ni...haris dok panggil adik dia faris.....somehow percaya lah Dr pakar tu ckp nampak testis....harap2 pun gitew lah weh...tapi kalau kuar lain..stock baju pink bunge2 dah ade...tak de masalah...:P

lauk kenduri....

Ok...mama tak pasti org lain...and mama rasa2..macam tak igt pulak ade jemputan kenduri sepanjang mama mengandungkan Haris dan Aisyah....but for this pregnancy...mama dapat lah beberapa jemputan makan kenduri....

Nak tanye...weh...kalau makan kenduri tu..kite boleh tambah ke?..maksudnye..makan banyak kali..pakai pinggan sama...boleh ke?...ke org lain tak buat?....

Penyakit juga lah mama ni...mengandung yg ni...kalau mkn kenduri..rasa sedap sgt2..macam kebulur sgt2...sampai kena tambah2...segan jugak lah beratur 2 kali tu..org lain pinggan cantik...mama..pinggang bekas dah makan tapi nak tambah...malu laaaaaa...

But memamg tak boleh nak control....semalam...mama pergi kenduri jemputan jiran mama ni...adik dia kawin di Pontian...yummy babe!...mama tak larat nak bgn..so sampai kenduri terus cari kerusi nak duduk..minta kekanda idaman hati tu ambilkan nasi...bila dia bawa tu..mama rasa hampa sgt...dalam hati..'' sikitnye'' tak senonoh kan!...masa tgh makan tu tgn sulam2 suap Haris n Aisyah...then aisyah nak mkn sendiri..ambil sepinggan utk dia dgn lauk daging....

Mama terus makan lah kan...muka tak puas hati tu berjaya di selindung balik purdah hitam mama...nasib baik..:P

Bila pinggan mama dah kosong...siapa lah gi nak jadi mangsa...abg lah kan...tolong gi tambah...siap mintak banyak2 tu...kah kah kah...then mama sambung mkn lagi...dan lagi..dan lagi....sedap sungguh lah rasa lauk dia...ayam goreng celup tepung, fresh salad, rendang daging dan dal...wah2..terangkat...( macam lauk kenduri biasa lah sebenarnye :P )

Masa semua dah selesai...tukang nak amik pinggang pun datang le nak angkut pinggan kosong tu....WAIT!!!!!

Itu ada lagi nasik lebih aisyah dan daging seketul....WAIT!!!!....tgn mama dgn pantas..mencapai sepantas kilat...ZUPPPP....berjaya....muka makcik tu..tersenyum aje..tak tahu le perli ke...suke ke...lawak ke...but i don't care...jgn membazir!!!...hahahaha....

Makcik tu pun cakap...aah...mkn nak...sayang membazir...Yessa!...itu lah...mama tak suka mebazir esp lauk mkn2 kenduri....hahahahah

Utk pengetahuan kawan2 mama, mama tak minat sgt lauk kenduri sebelum mengandung ni...mkn pun sikit2...tak habis...macam...tak selera lah..iya lah..mkn tgh panas2, berpeluh, pakai purdah pulak tu, org pandang2 dan macam2 aksi org msia ni...but now...huahahahahaha...i really don't care lah...makan mesti mkn..kang balik rumah..teringat2 payah!.. :P

Bukan kenduri kat pontian sahaja yg macam ini kelaku nye...masa kat perak pun macam itu...alamak..dah le yg menjemput tu Nurse...dok panggil2 Dokter2...malu la...Dr makan banyak..:P

Haaa..tak selesai lagi pasal kenduri semalam...bila dah selesai semua..nak balik lah kan..nak buat aper lagi...so..mama pun berjalan lah ke kereta...tgh2 berjalan tu...melintas lah satu kakak ni dgn tgn bawak dulang besar penuh lauk2 dan kueh tart bluebarry...ZUPP...kepala mama berputar...hahahah....dan2 tu rasa nak mintak weh...tapi control2...bisik2 dekat member mama sebelah...''ish...i igt kan tadi i miss lauk...tak nampak pulak tadi...'' member mama gelak2'' itu lauk pengantin tu''..mama pun..''oooo'''..hahaha....rakus sungguh anak dalam perut ini....tahu lah boy..mkn byk...but still..kalau nak mkn byk...tunggu keluar lah mkn sendiri...ini mama yg nak kena makan..malu lah mama!!!!

Memang rasa tak sabar sgt nak jumpa ''sudin'' dalam perut ni...mana gaya nye...lauk kenduri pun minat!

Sunday 3 April 2011

Tahniah Nadia

Alhamdullilllah...Kawan mama, nadia dah selamat melahirkan baby no 2 beliau yg sgt chomel and chubby masyaAllah..

Semoga Allah merahmati keluarga ini dan perkukuhkan kasih sayang mereka dgn kelahiran putera tersebut...:)

ps: ok...dah rasa tak sabar sgt nak bersalin ni...tengok org lain dah selamat ni...jiwa mama makin gundah menunggu hari...:)

Friday 1 April 2011

Terpaksa dah ni!

Tadi dah calling2 bibik Yati...esok datang kemas rumah...ok!...set...

Dah tak boleh nak buat dah...ni dah kes kire...macam terpaksa, malas, tak larat, alasan badan demam, dan duit ader terlebih sikit ni...hahahah

Siap dah aper plan bertulis...BIBIK...sila mkn banyak2..rumah i ni..bukan calang2 ye! ( giler boleh pengsan punye bersepah)...:P