Sunday 11 December 2011

pergi dia mengadap Pencipta - kenangan terpahat ku titip utk jiwa ku.

Talifon berdering, jam menunjukkan waktu lewat malam. Lihat skin, tertera nama abd rahim. Mulut berkata2, kenapa call mlm 2 ni, ada emergency ke? Ya, ternyata telaah itu benar sekali. " ct ayah dah meninggal". " tipu rahim, tipu, tipu ". " takkan org nak tipu, nanti org calk balik" tuuut..tuut "abg,rahim kata ayah dah takde" "innalillah" "saya nak calk rahim balik" tapi tgn mendail nombor emak. Bekas isteri ayah, " mak, rahim ada cakap apa2?" " takda, kenapa ct?""tak de apa, ct call balik " tidak ku kabarkan lagi pada emak, kerana aku masih rasa yg rahim berjenaka.

Tuut,tuut,tuut, kali ini tgn ku gagah menekan nombor abg ku" abg det, betulka? Ayah dah takde? Bila?" sambil tangis yg ku tahan2." aah ct, tak payah lah kamu menangis, kesian ayah nanti, ayah dah selamat dah, igt nk cuba kebumi mlm ni., tengok lah. " ct nak balik" "kamu nak balik slow2 lah." "kebumi mlm ni jugak ke""aah, cuba mlm ni " mulut ku terasa berat ingin ku nyatakan, tunggulah diri ini, aku mahu pulang terbang, aku mahu jumpa dia. Aku rindu dia. Tunggu diri ini. Namun lidah aku kelu.

" abg, boleh balik mlm ni?" " boleh" jawab dia dgn senyuman. "tapi saya kena tidor sekejap, saya terlalu letih. Nanti jam 1 kita gerak. Jam 1 pagi bermula lah perjalan itu. Dgn deraian air mata serta fatihah yg tak putus. Jiwa aku telah berada di sisi ayah.. Ayah, tunggu, ct datang ni. Ct datang nak jumpa ayah. Ayah tak tunngu ct ke? Ct rindu ayah.

Perjalanan yg pada asalnya hanya 4 jam setengah, berlarutan hinga 6 jam setengah. Abg terpaksa tidur di highway akibat terlalu mengantuk. Namun mata aku terlalu keras untuk tido, aku ulit faris hingga dia lelap, hingga bila mana aku tahu kami telah lewat, aku gagahkan diri memandu dgn alunan tangis faris yg dahagakan susu. " sabar sayang, nanti mama angkat ya, mama nak jumpa atuk ni. Mama rindu atuk"

Bersambung.
Published with Blogger-droid v1.6.8

1 comment:

Blog Diva said...

innalillah..takziah ye ct.bykkan sabar.