Tuesday 13 December 2011

yasiin dan alfatihah untuk mu

Kenapa masih mahu meratap pilu siti? Itu tidak membantu, bisik hati kecil ini, mata ku mencari, mencari senaskah yasiin untuk utk di baca.

Dgn lafaz bismillah hirahmanirahim aku memulakan bacaan.

Kerna surah ini sudah sebati dgn ku, mata aku banyak tertumpu pada wajah ayah. Sambil aku tersenyum seolah2 ayah ada di situ tunggu khusyuk mendengar. Tidak aku lagukan bacaan itu, aku lebih seperti bercerita, cerita utk bekalan ayah di sana insyaAllah.

Selesai sudah, sadaqallah hul azim. Lalu aku menadah tgn, hampir dgn ayah, aku berbisik, bisikan doa utk ayah. Ya Allah. Perkenankan titipan doa hamba mu yg hina ini. Ini saja yg termampu oleh ku. Ini sahaja kuderatku. Ini sahaja kuasa ku. Ya Allah telah sampai janji mu, telah kau ambil pinjaman mu, tinggal lah jasad ini di hadapan ku. Ya Allah, ampunilah dosa2 yg ada padanya, permudahkan lah urusan bicara nya di sana, lapangkan lah kuburnya, lindungilah dia dari pukulan malaikatmu, tenangkan hatinya. Jadikanlah amalannya sebagai penneman untuknya di kala sunyi. YaAllah, kau sampaikanlah sedeqah2 kami ini untuknya, moga dia merasa selesa dan gembira. Ya Allah, tetapkan hati2 kami utk sentiasa igt dan sayang padanya, moga kami sentiasa tidak lupa berbakti padanya. Ya Allah. Jadikanlah aku serta saudara ku dari mereka yg soleh, moga itu akan menjadi hadiah terbaik buatnya di sana. Amin. Ya Rabbal alamin.

Amin.

Aku memandang lagi wajah ini. Aku amati dgn seluruh jiwa ku. Akan ku semat kukuh dalam ingatan wajah ini. Inilah lelaki yg membakar kaki dan tanfannya siang dan malam untuk memberi aku selesa. Dialah lelaki yg tidak pernah menyuap makan ke mulutnya dahulu sebelum menyuap kami. Ayah, terima kasih ayah.

Aku hampirkan wajah ku padanya. Aku berbisik sendirian. " tenanglah ayah disana, siti sayangkan ayah, ct rindukan ayah. Terima kasih ayah, tetima kasih kerana menjadi ayah yg baik."

Aku duduk. Aku tidak mahu bgn. Aku tidak mahu.

Published with Blogger-droid v1.6.8

1 comment:

Puan Gee said...

assalamualaikum ct, maaf baru tahu... semoga ct dn keluarga tabah... bnyakkan sedekah utk arwah... moga2 urusannya di sana dipermudahkan