Tuesday 23 October 2012

Dari bosnia engkau datang....untuk menjadi tetamu Allah

Mama sangat2 teruja membaca kisah lelaki ini...Semoga allah memberikanya haji mabrur...dan di masukkan kan ke dalam syurga!..ya Allah..

pada mereka yg tidak tahu..

lelaki ini...

Hadzic, berusia 47 tahun..telah mengembara selama 315 hari dari kampung halaman beliau di Bosnia untuk ke Mekkah bagi menunaikan rukun islam yg ke 5...

Perjalanan lebih 3500 km merentasi 7 negara...berbekalkan 200 euro...dalam RM 800 betul2 membuktikan keyakinan dan kesungguhan jiwa lelaki ini untuk meneruskan cita2 nya untuk menjadi tetamu Allah...

masyaAllah...kata lelaki ini...segala urusan nya di permudahkan...walau terdapat cabaran...tetapi hati lelaki ini baik....walau cabaran datang...di harungi dgn tabah dan masih menganggap segalanya baik...

tak payah cakap org lain...mama sendiri lah...belum mula berjalan...tengok rm 800 nak merentas bernegara2 pun mama dah nak melatah tak nak jalan...itu belum baca cerita dia tido di skolah, masjid, tumpang org2 yg simpati...kes visa dia kena tahan dek saudi...nak masuk syria yg sedang bergolak...see...bukan mama pun yg berjalan dan berjihad...the list of problems dah berjela!...sebab itu insan yg terpilih adalah dia..bukan mama...muhasabah diri!..

tapi mama betul2 kagum...bukan 27 thn tau...47 tahun...kuat badan...mama 31 thn pun...naik tangga macam nak semput...esp kalau nak kejar phone call!..

mama cari2 dalam net cerite lelaki ini..terbaca satu cerita pasal lelaki dari india yg berjalan kaki ke mekah sampai 3 tahun pada tahun 2001...

ramai betul manusia hebat...bertambah hebat jika nawaitu kerana Allah...masyaallah!

No comments: