Saturday, 10 January 2009

What!!!!

AS sewa kapal bekal peluru ke Israel

10/01/2009 2:57pm

LONDON 10 Jan. - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tender untuk menyewa sebuah kapal dagang bagi mengangkut peluru ke Israel pada bulan ini.

Pentagon bagaimanapun menafikan penghantaran peluru tersebut ada kaitan dengan konflik di Genting Gaza.

Seorang jurucakap Pentagon berkata, peluru berkenaan adalah untuk simpanan stok peluru AS di Israel.

Tentera AS menyimpan stok senjata dan peluru di sesetengah negara bagi menghadapi kemungkinan bekalan diperlukan dalam tempoh singkat.

Menurut dokumen tender yang diperoleh oleh Reuters, tentera laut AS menyatakan kapal dagang yang hendak disewa itu dikehendaki membawa 325 kontena 20 kaki (6 meter) mengandungi apa yang disenaraikan sebagai “peluru.”

Kapal tersebut dijadual melakukan dua pelayaran berasingan dari pelabuhan Astakos di Greece ke pelabuhan Ashdod di Israel dari pertengahan hingga hujung bulan ini.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Patrick Ryder berkata, beliau enggan mengulas mengenai laluan kapal atas sebab keselamatan tetapi mengesahkan penghantaran peluru ke Israel memang sudah dirancang sebelum ini.

“Kiriman yang sudah dijadualkan itu adalah urusan rutin dan bukan untuk menyokong kempen ketenteraan di Gaza,” kata Ryder. _ Reuters

What...apa?...haaaaa...ape dia igt kite ni bodoh...tak tau aper muslihat die...aper?..nak tambah stok?...stok utk aper?..kalau bukan utk bunuh semua org Palastine tu....Panas betul hati ni...mendidih2 ..

Jadi rakan2 ku semua...mari lah kita BOIKOT BARANGAN AMERIKA...mcd,kfc,mark n spenser,meggi,loreal,mebeline,huggies,coke, dan yg lain2...sebab..setiap sen yg kite bayar utk ini...mereka guna utk bunuh saudara kita di palastine...benar...ini bukan hanya cerita kosong...mereka bunuh saudara kita dengan duit kita...

Ya Allah...selamat kan palastine...berikan mereka kejayaan...permudah kan urusan mereka...kuat kan semanagt mereka berjihad utk Mu...Amin...


1 comment:

ummi said...

Hrap 2 dapat boikot lama2..sebab ramai yang boikot sebulan tapi 11 bulan lagi..hentam habih! Especially kat UK ni pusing kiri kanan semua kena boikot. Termasuk internet. So, may be tak boleh posting lagi blog?