Tuesday, 31 August 2010
Terbantut terus..
Lagu Raya!
Nak buat persediaan dalam perjalan balik ke kampung halaman...:)
Oh..bila dgr lagi raya ni..rasa macam esok dah nak raya..:)
Monday, 30 August 2010
Salam merdeka...
Mama sibuk masak...mereka pun sibuk....
Sunday, 29 August 2010
Alhamdullillah
Alhamdullillah... :)
Friday, 27 August 2010
letih...
Tuesday, 24 August 2010
Cincin dah longgar
Monday, 23 August 2010
Baru tahu
Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri Oleh Zaharuddin Abd Rahman
Imanseseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solatmenjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpasinar. Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jikadosa yang memenuhi buku catatan amalan?. Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agarkita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan. FILEM, DRAMA DAN DOSA Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya. Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya. Sudahmenjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya. Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot. Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti. DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA Benar, secaraumumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya. Bilakahitu? Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya. Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya. Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah,Akademi al-Quran dan sebagainya. Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya. Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkanbanyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu. Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook). Sayabimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang. Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya. Selainberkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanyamelalui gambar. Gambar seperti :
Sekiranyasemua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebardosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :- كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menontonfilem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secaraf izikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil ataubesar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit denganAllah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma. Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'. Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda : اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ. Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.] Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahuihukum dan kaedah pemulihan. Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :- أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akanmengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari) Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allahserta pengampunannya. KESIMPULAN Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah,Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain. Semaklahfacebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa. Sekian
|
Permulaan yg memberangsangkan..:P
Sunday, 22 August 2010
My weekend adventure!
Hari pertama dalam sejarah puasa 2010..kami semua terlepas sahur...sahur g enak menanti dalam peti ais...nasik hujan panas warna warni seri pelangi...ayam percik memercik-mercik, sambal, serta salad segar bugar....
Di sebab kan peristiwa malang itu..kami satu hari..esp mama yg breast feeding ni..keirn kntang..tak larat bgn..nasib baik tak kena gestrik ( terus teringat kawan mama kat penang yg teruk gastrik nye..huhu..Allah please heals my dearly friend.Amin)...
Bila dah longlai tu...untuk berbuka..beli aje lah kan....
Tapi mama..gagah perkasa..sebab nak sgt makan bubur kacang istimewa hasil tangan sendiri..mama rebus kacang yg telah di rendam...tapi tak dan nak makan untuk berbuka..mama konon2 nak makan untuk moreh...tapi...
Dok sedap2 rbus kembang chomel lothe tu....tup2 api padam...PADAM....aduh...GAS habis...lauk sahur tak de...nak masak macam mana...nak beli gas...ada sebab2 tertentu..kami tak dapat untuk melancarkan plan A ( beli gas lah kan) ..terus ke plan B...B for Baik..Bagus...Bungkus???
Mama pun dgn konfiden tahap gaban...or even suria perkasa hitam...telah mencipta satu resepi...untuk di laksanakan dalam plan B...
Mama plan masak guna crook pot..( slow cooker lah tu) tapi bukan bubur, bukan sup..tapi...tapi...mama pun tak tahu nama masakan ini...Masakan bantai2...oh..mama dah nampak hasil B for BUNGKUS..
Alhamdullillah...berkat doa isteri...serta kasih sayang dan cintakan suami untuk memastikan suami ade benda nak telan for sahur...plan B ..B for Berjaya, Baik, Bagus..:P
gamabr..tak dan nak amik...lapar yea...
but the resepi...sgt simple...dan senang untuk mereka yg ade slow cooker..masak kol 9 mlm...gaul2...sahur kol 5 dah siap..bgn makan panas2 lagi..:)..tak payah lah pagi2 buta tu nak menumis bagai....tapi resepi mama ni...kalau org yg suka makan kari..payah le...ini..kalau nak makan macam cina2 sikit...konon2 le tu..:P
macam biasa..panaskan or on aje crook pot tu...
1. amik isi ayam dan basuh...atau ayam biasa yg dah potong kecik2 sikit lah kan....so isi nya lembut bila dah masak...giler lembut ok...cair dalam mulut gitu..:P dalam 1 dada tu...
2. halia 2 inci ( banyak lah sikit..baru ade aroma..) hiris besar2
3. bawang putih 4 ulas..ketuk2 aje..tak payah nak mayang2 mengurai bagai...ini kerja mahu senang ok!
4. garam gaul dgn ayam
5. kicap manis dalam 1 sudu besar
6. lada hitam serbuk..dalam 1/2 sudu kecil...mama suka lada hitam...lagi banyak lagi sedap!..:P
7. sedikit bijan tabur2 manja
8. kentang potong potong 8 -sebijik aje le...
9. air dalam 1-11/2 cawan...kalau lebih sikit pun tak pe..ade kuah lebih
cara....gaul semua sekali...masuk dalam slow cooker..tekan auto biar aje lah..usah usik2...sampai sahur esok....bgn makan aje..:P
selamat mencuba...so....malam ni..mama nak cuba cook pot percik lah pulak..hahaha..nanti kite tunggu hasil nye..jadi ke idak..:P
Saturday, 21 August 2010
hari potong rambut sedunia..
Sunday, 15 August 2010
how to win Your wife's heart
10 TIPS ON HOW TO BE A SUCCESSFUL HUSBAND
1. Dress up for your wife, look clean and smell good. When was the last time us men went shopping for designer pajamas? Just like the husband wants his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up for her too. Remember that Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - would always start with Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.
Resepi mamak
Saturday, 14 August 2010
Skecth Me :)
Tak de kerja sangat dah ke ni mama...hahaha...mama jumpa satu software baru dalam iphone abg..godek2..then..ini lah hasilnya..
Friday, 13 August 2010
pasar ramadhan pertama
- hahaha...bunyi gempak giler...bunyi macam gaya mama ade gerai pertama kat pasar ramadhan aje kan...hahaha
- kari ayam
- sayur sayur tumis dgn tahu telur
- telur masak merah
- ayam masak merah
- sawi gorang ikan masin
- sambal belacan ulam timun
- lauk pasar malam..nasik ambang, nasik ayam, kueh mueh, roti canai...dan lagi dan lagi...
- lapar
- dah beli
- tak nak membazir....
- ayam masak lemak cili api power :P
- udang goreng kunyit
- tumis sayur campur
- sambal belacan/budu ulam timun
Wednesday, 11 August 2010
Ramadhan...
Semenjak mama mem'private' kan blog ini....memang mama pun jarang buat entry...tapi..Alhamdullillah...mama rasa lebih relax dan lebih privacy untuk menulis..:)
Selamat menyambut Ramadhan kepada kawan2 mama..semoga kita menjadi insan yg lebih sempurna untuk Pencipta kita...insyaAllah...
Allah- hu- Akhbar...
ps: puasa kedua di malaysia sebagai suami isteri...mama menjadi lebih matang dan lebih menghargai....Alhamdullillah...:)
Friday, 6 August 2010
Rehat....
mama currently ada di bukit mahkota..mu MIL house lah kan..balik sini hari khamis..dan akan balik semula ke skudai hari ahad ni....
minggu depan dah puasa...harap2 semua berjalan lancar lah kan...mama ingat sepanjang bulan ramadhan ni..nak buat kelas hafazan untuk haris...kalau dapat habis habis juzuk Amma sebulan bulan ramadhan ni...msyaAllah..mesti seronok lah kan..:)
so...balik kali ni ke bukit mahkota..abg janji nak bagi mama rehat...so..memang mama rehat lah...duduk baring2..dalam bilik..sambil ayan anak2 belajar...makan minum, baju, kerja rumah semua mama tak buat...hahaha...abg masak...my MIL buat yg lain..dan ada bibik mingguan datang kemas rumah...gile best lah cam gini...
kerja mama..kalau budak2 tido..mama baca buku cerita...lepastu..tido...mandi...baring2 lagi...main dgn budak2..keluar makan...then lepak dalam bilik lagi...dan sebab Allah dah beri kelapangan ni...Zikir tu kena lebih lah kan..masyaAllah...:)
mama dah lama tak masukkan gambar dalam blog ni..malas lah...dan mama dah buat blog mama ni private... rasa nak buat macam diari pun ade lah...
my life now sgt2 teratur...Alhamdullillah..masyaAllah....
mama sebenarnya tengah usaha untuk 3rd baby..cepat?..erm..mama pregnant aisyah masa haris 1 yrs 9 months..now Aisyah dah 1 yrs 8 months..mama budget2..dalam bulan ni tau lepas raya ke..paling lambat aisyah 2 thn lah kot..nak ada pregnant lah..insyaAllah..with Allah help..:)
kalau dah ade..insyaAllah..mama akan war2 kan...semoga Allah permudahkan urusan mama ini..Amin..:)
Tuesday, 3 August 2010
Sapa kata malaysia xde Autumn?
Kat rumah mama ada...dalam rumah lagi...
Actually...ini salah satu game yg mama main ngan budak2....''it's Autumn!!!''
Kan budak2 ni selalu drawing and painting...mama kan sediakan kertas mahjong besar atas lantai untuk mereka bergumbira bersama pensel, crayon, water color and paintbrushes...jadi..byk lah paper yg tersimpan...
jadi...mama pun mintak haris lukis leaf banyak2..then mama gunting...dan gunting..dan gunting..sila faham ye...sgt penat okay!
hasilnya...marveles!....
pasang kipas no 2...then....taburlah dedaun tu daru udara...hahaha....
gile excited mereka...gelak ketawa...lari2...merea gembira masyaAllah...
see...u know...even the thing is simple and cheap...u still can make ur toddlers a happy toddlers...
memang lah penat sikit..but it worth the effort...to see them happy...!
so...kerimpulan nya..Autumn ada di malaysia...cuma kita nak buat atau tak aje...
btw...haris said...oh..mama...we can make confetti...yap...it's a confetti...but bentuk daun! :) masyaAllah
apa cara anda?
berbalik pada cerita tidur ni...semua anak2 mama...sgt suka buku..masyaAllah...sebab..buku memang melimpah ruah..masyaAllah..jadi dari Haris sampai Aisyah...hidup mereka ni..dgn buku aje lah...mama pulak memang suka bercerita...dgn suara dan memek muka..anak2 memang terpegun gitu...hahaha...( gile puji diri sendiri...:P)
kepada ibu2...buku ni a very good investment...mama dulu beli..masa haris kecik..abg siap bising kata beli buku membazir tapi tak baca...mama diam aje lah..mama tak boleh nak buktikan waktu itu yg buku bukan pembaziran...now...bila anak dah pandai membaca...baru lah dia tahu...nasib baik mama beli jugak buku banyak2...kalau nak beli kat msia...tak nak cerita lah..buat tambah dosa aje..:P....
Jadi...sudah tentu...routine anak2 nak tido pun mesti mama kena baca buku...WAJIB...tak de sunat2 lagi dah..selagi tak baca...selagi itu celik mata...sampai kalau balik kampung pun..buku mesti bawak...siap2...masing2 pilih buku mana nak bawak tu....jarang lah bawak balik mainan...buku lagi penting...sebab..nak tido..:)..masyaAllah...
kadang2...bila mama penat sgt tu...haris akan ambil buku dan baca sendiri aje..lepas tu tido...mama perasan...sebab..mama terjaga dgr dia baca buku.....seronok pulak....sekarang ni...tak payah nak suruh dia baca buku....kalau dia nak..terus baca aje..masyaAllah...dulu2..mama suruh baru baca...
sekarang buku fav haris..little duck lost... dan buku fav aisyah pulak what do you do....dan buku fav mama...snow bear...eceh...kalau buku fav mama tu..maknanya..fav mereka jugak..sebab mama selau baca buku tu..:)
now....mama rasa buku yg ada ni dah kurang sesuai untuk haris...dia dah baca laju..jadi..mama nak beli buku yg padat sikit lah...tak payah large print dah....so...dah janji dgn abg..setiap bulan..peruntukan 30 ringgit untuk buku haris...dan buku yg ada ni untuk aisyah pulak....bila dah dah pandai baca kelak...insyaAllah...
btw..Aisyah dah 1 thn 8 bulan....dan kenal semua yg perlu kenal tu...masyaAllah...semoga anak2 mama menjadi anak2 yg soleh dan solehah..Amin...