Saturday 3 August 2013

kurang seminggu

kurang seminggu ramadhan nak pergi meninggalkan kita...sedih...dapat lagi ke nak jumpa ramadhan tahun depan?.. mama masih on off tak sihat..dugaan sungguh ramadhan ni.... banyak limitation dalam melakukan aktiviti seharian..

syabil yg chomel dan aisyah!

Alhamdullillah..anak2 dah selesai...mereka dah kembali aktif dan ceria.... haris dah kembali berpuasa selepas episod demam yg kuat dan panjang...faris dah kembali seronok bermain dan aisyah seperti biasa sibuk menchomelkan diri dia dgn hiasan2 utk raya...hahahah

mama belum scan gender baby...terlepas app dgn Dr rohaini di colombia asia tu..terus buat tak tahu...perut makin besar dan baby sgt suka berdansa di dlm tu....mabuk dah kurang..just kes meludah2 tu tak habis lagi...makan pun dah ok...semua boleh..cuma kuantiti tak banyak sebab tak lalu sgt..kecuali yg mak masak!

hari ni kami semua dah kembali ke bukit mahkota dan akan terus berada di sini sampai raya pertama...then baru balik ke perak...

baju raya?..dah selesai..tahun ni x de tema..mama hitam, abah putih, anak2 lelaki kelabu dan perempuan pink...

biskut raya?..semalam buat 2 jenis dgn noin adik ipar mama di perak dan itu sahaja...tak kose dah nak menguli...letih...hehehe...tapi seronok sgt buat biskut dgn noin...walaupun panas depan oven tu...hehehe..ada member bersembang!

ps: rindu mak dan noin berserta anak2 nye yg chomel2 tu!


No comments: