Friday 21 December 2012

aura dan anak2

adakah anda tahu yg anak2 kita boleh merasakan aura negatif atau positif kita secara tidak langsung?

hari ni mama nak cerita pasal aura....bukan aura yg suruh cantik tu...tak de kena mengena...ini aura atau feeling atau reaksi dari kita sebagai ibu bapa yg sepatut nya sentiasa menyokong dan berfikiran positif kepada anak kita yg bergantung sepenuhnya pada kita...dgn harapan dan kasih sanang kita.

mama ni suka kasi contoh aje..senang...

'' anak aku macam ni..macam tu...dia memang jenis malas, tak dgr kata, liat,tak pandai bla bla bla..."

bila mana kita dah berpendapat dan yakin yg anak kita berkelemahan sedemikian...otak kita secara tidak sedar mengarahkan kita utk bertindak balas terhadap anak kita dgn keadaan anak kita yg negatif itu...rasa2 lah..apa jenis tindak balak kita...negatif ke positif?...

negatif...kita akan mula merasa frust kenapa anak kita macam tu..kita mula marah2 dan pukul...kita akan mula menunjukkan wajah tak sayang pada dia..kita mula malas dan menyampah nak puji dan peluk..sebab kita nampak kelemahan anak kita teruk sgt..walhal tak teruk...cuma kita menonjolkan kelemahan itu secara realistik dan drastik ke dalam minda kita...KITA YAKIN!

jadi bila anak kita pandang mata kita..dia tahu mak tak suka dia, mak tak sayang dia, mak benci dia, mak tak mahu dia...semua yg negatif itu terbentang nyata depan mata anak kecil itu...jadi hasilnya anak kecil itu tercari2 kasih syang kita, merasa tertekan, terasa tidak di hargai dan dari situ akan bermula kitaran buruk...yg mana anak kita akan mencari jln utk menarik perhatian kita dgn cara yg lain...sebab dia masih tercari2...dia akn buat perkara yg akan menyebabkan kita memberi respond...

bila mana ibu bapa yg telah yakin yg anak dia ni tak bagus atau negatif, bila anak membuat sesuatu yg positif, ibu bapa itu menjadi skaptik dan berat utk memuji...jadi...kalau di lihat secara logiknyua..anak itu akan merasakan yg benda ( baik) yg di buat itu tidak mendapat respond...jadi dia buat benda yg sebaliknya...dan bila mana anak itu buat...respond negatif ibu bapa sgt signifikan kerana tanggapan negatif tersebut membatu apikan lagi respond negatif itu...jadi...anak yg tgh ketandusan respond ini..belajar...perkara tersebut boleh membuatkan penjaga memberi respond...tidak kita positif atau negatif...anak tersebut akan merasa lega...kerana...wujug respond tersebut..

mama merasa sgt sedih bila ada yg jumpa mama ckp anak dia lemah, anak dia nakal, anak dia macam2...mama rasa ralat...anak2 mama sendiri ada kelebihan dan kekurangan...tetapi mama tak pernah nampak kekurangan itu..mama cuma akan cakap..belum sampai masa...nanti dia akan develope dan akan berjaya...

kita sebagai ibu bapa tak seharusnya memberi diagnosis2 yg anak2 kita tidak perlukan...kita sebagai ibu bapa seharusnya menjadi bahu mereka utk berpaut...jatuh mereka kita sambut..tolong..mereka sedang membesar...jgn limitkan potensi mereka dgn idea2 kita yg negatif..kerana...itu secara tidak langsung akan merosakkan anak kita sendiri...

tolong...tolong...jgn tunjukkan pada mereka,jgn sebut di hadapan mereka yg mereka itu nakal, jahat, tak pandai, lembab, buas, semua yg negatif tu...anak2 kita mendengar, anak2 kita melihat...anak2 kita akan percaya yg dia nakal, jahat, tak pandai, lembab dan buas...

harap perkongsian ini membantu...

betul kan salah mereka, puji lah baik mereka...mereka perlukan sokongan kita...



haris, aisyah, faris...i love you!

2 comments:

Zach's Momma said...

very good entry! peringatan untuk diri saya, thanks :)

mommyNadia said...

Great ct!
Thank you for such a good reminder. Sometimes kita mudah terlupa..InsyaAllah will always be positive in many ways =)

Babe,asyik tak sempat nak contact ct pasal cd tu..nanti kita email ek..=)