Saturday, 25 March 2017
Rubiks cube
ya..kami sedang mabuk ini..
haris belajar sendiri selesaikan cube ini dlm 1 hari.. dan saya 3 hari..
memang best!
dah tua baru pandai..kah!
Tuesday, 21 March 2017
Monday, 13 March 2017
Saturday, 11 March 2017
Roselle
Sedap, mudah, murah dan sihat..
jom taman roselle!
.
Haris latest project with adobe fx
umur 10 tahun..dia belajar sendiri guna sofware adobe fx ni.. masyaaAllah..antara banyaaak benda yg dia belajar sendiri..
teringat dulu2.. masa mula2 homeschool dia.. nampak kecik je..baru belajar menulis..sekarang dah buat movie editing sendiri dah..
ok..
Friday, 10 March 2017
Kami hari ini
cuma hari ini abg haris ada kelas robotic advance di thinkerspace pulai perdana 2..
Aisyah mahu mewarna
dan faris mahu cuci longkang..
baik..
Asalkan bermanafaat inshaaAllah.
.
Fahami Al Quran
Haris dan Aisyah...salah satu benda yg wajib di terokai dan pelajari bersama adalah memahami isi kandungam Al Quran.
Untuk anak2.. sessi perlu lah santai dan menarik perhatian..
Urutan nya bermula dengan membaca..sekali lalu bahasa Arab.
Kemudian baca makna surah di
https://readwithmeaning.wordpress.com
menghayati dan cuba memahami intipati surah
kemudian saya akan ajar buat simple worksheet dengan soalan dan jawapan perlu di cari di dlm translasi Al Quran..
Kemudian..mereka akan ceritakan kepada saya apa yg mereka pelajari..fahami dan bagaimana ilmi itu dpt di gunakan dlm kehidupan harian..
Hari ini surah Al Jinn...dan masyaaAllah...terjawab lah persoalan tentang jinn, Ahli Sihir dan Harry Potter...ya..anak2 dah besar ... Mereka tahu Harry Potter dan mereka kaji.. Mereka suka harry potter dan effect2 dari cerita itu..
Bagaimana saya nak sampaikan tentang Sihir dan ilmu hitan? dengan menggambarkan islam itu indah..melalui surah ini.
Sekarang..anak2 hanya sukakan effect..dan bukan harry potter...mereka akan berkata.. tiada magic yg baik ( harray potter menggambarkan ada magic yg baik )..Semua yg melibatkan black Magic dan jinn..adalah mereka yg telah di sesatkan..
Sungguh Al Quran itu petunjuk utk mereka yg mencari.
Suka lah saya ingatkan di sini... sama2 lah kita membesar bersama anak2.. jgn pusing belakang biar anak terokai dunia ini tanpa petunjuk.. jika anak minat sesuatu..kita minat bersama supaya kita ada uk guide mereka jgn lari dari jalan yg benar.
usah halang.. kalau di halang .mereka sifatnya ingin tahu..mereka akan cari belakang kita..dan itu lebih bahaya..
Semoga Allah jadikan anak2 kita anak2 yg soleh dan solehah.
Amin.
.
Lipat baju dan problem solving
Tolong ibu
Free
rangsang problem solving..boleh lihat macam mana anak2 fikir ul dptkan bentuk kain terlipat 4 segi
rangsangan motor kasar dan halus anak2
boost confidence bila berjaya selesaikan task...ini kita panggil the small success.
ajar anak2 organise dan sorting.. basic math development.
haaaa..
kan bagus tu lipat kain..
dah2.. buang lah ipad tu..
ajak anak lipat kain..itu lebih baik..
maryam 3 thn 2 bulan lipat kain sendiri...cantik je lipatan nya.. bagus betul koordinasi dan problem solving maryam ni
MasyaaAllah
Thursday, 9 March 2017
Cekodok
Tak tambah air
masukkan 1 sudu butter
sedikit sodium bicarb
dan telur sebijik
hasilnya
cekodok rangup2 sikit di luar..
lembut gebu di dlm
dan tidak keras.
selamat mencuba.
.
Hidup dan dunia
Mendengar halwa telinga hari ini oleh utz fav mama.. sheikh Hassan Ali dari UK.
Lebih kurang begini..
Kata Saidina Ali RA..
Hidup di dunia ibarat hidup berlayar di lautan..
Jangan sampai air lautan masuk ke dlm kapal..
nanti kita karam..
jadi..
Hidup di dunia jangan sampai dunia masuk ke dlm diri kita..
nanti kita akan karam.
Allah hu Akhbar.
.
Wednesday, 8 March 2017
Haris in action
mama tukang click butang on.
oh..
anak dah besar.
.
Siakap stim malas
ini idea simple dan senang.
utk org yg sibuk macam mama kan..hahaha
mama guna siakap..kerapu x de pulak tadi..
cuci siakap kena betul2 supaya x berbau..
rendam siakap dlm air basuhan beras y di campur air asam limau nipis.
10 min.
bilas dan tos dan masukkan ke dalam mangkuk utk stim.
ketuk 1 serai.
potong 1 batang serai lain
1/biji bawang
2 biji asam limau kasturi
1/2 inchi halia
2 biji cili padi
garam
air
gaul semua
stim
siap.
.
Si Rajin dan rajin
dia rajin tolong bab2 masak dan makan..
bab2 cium dan puji mama
bab2 peluk dan bergolek dgn mama
memang rajin dan rajin..
masyaaAllah..
.
Kelas Haris : Intake ke 3!
Keledek rebus
ini keledek hasil kebun di office suami
rasanya sgt manis
bila perut rasa tak selesa..
kepala rasa tak clear
hidung rasa penuh
keledek rebus membuka selera..
Alhamdullillah..
rebus gitu tambah garam..
makan panas2 sambil minum air panas
Nikmat Tuhan Mu yang mana lagi yang hendak di dustakan?
.
Cemburu dan dengki
Sedang mendengar ceramah dari sheik Hassan Ali di youtube tentang companions of the prophet.
quote menarik oleh beliau.
" Jealousy is the first sin in the sky ( bila iblis cemburukan nabi Adam as) and jealousy is the first sin on the earth (bila Qabil cemburukan habil )"
tak pernah terfikir sebelum ini..
jaga hati dari penyakit hati ini.
.
resepi kek coklat tanpa susu, telur dan butter
Buat entry ini utk simpan resepi ini..
inshaaAllah..tak hilang lah kan..
resepinya mudah sgt..
bahan kering
1 1/2 caww tepung gandum
1 cawan gula...saya kurangkan jadi 3/4 cawan gula
1 sudu kecil baking soda
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam.
bahan basah
1 cawan air
1 sudu kecil cuka
5 sudu besar minyak masak
1sudu kecil vanila
gaulkan bahan kering dlm bekas besar.
gaulkan bahan basah dlm bekas kecil..
tuangkan bahan basah ke bahan kering dan gaul
masukkan dlm acuan dan bakar
180c hingga masak.
selamat minum petang semua.
.
Tuesday, 7 March 2017
Selamat hari wanita 7 March 2017
Wanita solehah yg tujuan akhirnya mencapai syurga Allah.
mari kita bergerak bersama
melunaskan amanah di dunia yg sementara
ayuh!
.
Lebam
Bila dtg sorang budak lelaki baya haris..dengan muka lebam di pipi..
saya tanya kenapa..
diam..
diam...
mak tumbuk..
saya pelan2 sapu minyak cap kapak di pipi itu..
anak tadi..
tengok saya...mata dia kosong..
tak pa dik..
acik sayang kamu..
Allah sayang kamu..
pelan2 dia jalan pergi ke meja..
pandang saya..
senyum.
.
Utk Lunch
Kami petik anggur hari ini..
Banyak lagi yg baru keluar...
Banyak lagi baru nak masak...
Moga Allah terus berikan kesuburan Dan rezeki yg berpanjangan.
.
Klinik gigi pulai
Kami ke klinik gigi hari ini utl cuci gii abg haris..
Sekadar tips..
Jika mahu ke klinik gigi..cuba call utk appointment.. Lenih cepat dan mudah urusan..
Bila nak bawa anak ke klinik gigi, pastikan anak bersedia secara mental dan fizikal..
Persedian fizikal: anak tidak mengantuk, lapar atau sakit
Persediaan mental : beritahu awal, bincang tentang apa yg akan di lakukan, cerita pengalaman kita ke klinik gigi jika ada ( pengalaman yg baik).
Haris sebelum ke clinic gigi..sudah membuat bacaan tentang proses yg alan di jalankan, melihat vid dan merasa teruja utk ke sana..
Jadi..
Siap tanya dr tentang prosedur dan alat..
Mama juga belajar bersama
Yg pink tu ..namanya polishing paste..heee
Semuanya Allah lancarkan urusan..
Alhamdullillah.
.
Macam di Spanyol
Anggur kami dah masak..
Rasa nya manis2 masam...sedap!
Sambil nam masuk kereta petik sebijik dua.
Rasa macam di spanyol..
.
Teakwondo
Setiap malam selasa, anak2 akan ke kelas teakwondo..
Kesan lepas anak2 sertai kelas seni mempertahankan diri?
Disiplin
Berani
Kuat
Antara ciri2 yg wajib ada pada setiap muslim.
Di sini kelasnya rm 35 seorang..
Berbaloi
Anak2 bayar kelas sendiri..haris dan aisyah bayarkan kelas faris juga..
Alhamdullillah.. Rezeki Dari Allah..
Haris cekap juga mengurus wang..
Sebab dah ada wang sendiri dari haji mengajar kelas bahasa inggeris di Thinkerspace Johor.
Mama dok sorang ni..layan blog jap.
.
Nota keluarga kami
Entry pertama selepas lama sunyi....catatan maya mama pertama tahun 2008.. Anak baru 2.. Now anak dah besar.. Dah 4 org..
Life sekarang macam mana?..
Mama busy... Busy dgn cinta hati..busy membentuk jiwa2 kecil ini..
Alhamdullillah..
Nikmat Allah tiada nilai nya..
Bermula dgn posting ini..mama akan update aktiviti kami di sini..
Pelan2 buang fb..nanti buang WA...
Persediaan utk sesuatu yg besar...
InshaaAllah..
Blog lebih santai...lebih free dan lebih seronok mengarang..
Tiada scrolling benda tak berfaedah di fb...eh..rasa bahagia betul tidak layan fb dah 2 minggu..rindu masa tiada fb dulu..
Tua?
Mungkin..
.